Bebelan Semata-m@t@!

Takda apa yang penting, skadar lepas gian ntuk merepek!






Wednesday, October 18, 2006  


Aku nak amik kesempatan kat sini nak mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
pada umat Islam yang rajin lalu kat blog yang lembab nak update ni. Hehehehhe...
Aku nak mintak maaf zahir & batin pada yang terasa kat bebelan aku selama ni.
Moga korang wat open house ngan menjemput aku datang makan!!!

posted by Fariz | 11:40 AM | linkback | |




Saturday, September 30, 2006  

Quote of the month:
"There are only two possible explanations: either no one told me, or no one knows."
Keanu Reeves (The Matrix: Reloaded)

posted by Fariz | 2:56 PM | linkback | |




Tuesday, August 22, 2006  

Tetiba aku nak post pasal gadget lak.. huhuhu.. saja wat rujukan kawan2...

Sony Ericsson K618i
Harga :.: Belum Confirm
Sony Ericsson meneruskan kehebatannya ngan lahirnya hanpon 3G terbaru diorang; K618i. Hanpon ni dilahirkan untuk mereka yang mahukan dunia hiburan & bisnes di mana jua mereka berada. Ngan fungsi yang ada pada hanpon yang ringan & slim ni, pasti ianya akan memenuhi cita rasa para pembelinya. Ia gak mampu mencecah kelajuan yang membanggakan apabila korang mahu lakukan proses menstrim @ muat turun fail muzik & klip video kegemaran korang tanpa membuang masa menunggu. Kalau itu pun dah laju, apakan lagi ketika korang tengah melayari web @pun bermain games secara online. Lain2 fungsi cambest juga tidak menghampakan & percayalah cakap aku, kalau korang beli gerenti tak rasa tertipu. Oh yer, terdapat 2 warna yang boleh dijadikan pilihan.

Spesifikasi
Rangkaian UMTS / GSM 900 / GSM 1800 / GSM 1900
Ukuran 102 x 45.2 x 16.9 mm
Berat 89 g
Paparan TFD, 256K warna
Saiz 176 x 220 piksel, 30 x 37 mm
- Downloadable wallpapers, screensavers
Nada Dering Polifonik (72 channels), MP3, AAC
Slot Kad Memory Stick Micro (M2)
- 16 MB memori dalaman
GPRS Class 10 (4+1/3+2 slots), 32 - 48 kbps
HSCSD Ada
EDGE Tiada
3G Ada, 384 kbps
WLAN Tiada
Bluetooth Ya, v2.0
Infrared port Tiada
USB Ada, v2.0
Brosur WAP 2.0/xHTML, HTML(NetFront), RSS feeds
Warna Hitam @ putih
Kamera 2 MP, 1600 x 1200 piksel, video (QCIF); kamera ke-2 VGA, boleh membuat panggilan video
Fungsi Lain

- Java MIDP 2.0
- Pemain MP3/AAC/AAC+/eAAC+
- Video telefoni
- T9
- Image viewer
- Memo suara
- Arahan suara
- Editor gambar
- Organiser
- Handsfree dalaman
Bateri standard, Li-Ion


posted by Fariz | 1:13 PM | linkback | |




Saturday, August 19, 2006  

Wah... aku teruja betul bila memikirkan malam ni merupakan malam bermulanya
riadah aku setiap malam minggu; EPL.

Walaupun aku punya team pujaan aku bukanlah merupakan team yang
kuat & glemer nak mampus; Newcastle United, tapi aku tetap akan menyokong
ngan hati yang ikhlas & setia. Tak la cam kawan2 yang hancur tu,
menyokong pasukan yang dia rasa team tu kuat pada season tu jer.
Ala... korang pun ada kot kawan camni, kalau team tu kuat tahun ni, dia akan sokong,
kalau tahun depan team lain kuat, dia ngaku lak team tu pujaan hati dia.
Porahh!!! Ni lalang namanya, elok aku sembur jer roundup kat muka dia.
Hahahahaha...

Aku akui tahun cam agak best nak tengok, bukan takat nak tengok team lain jer,
tapi berkobar nak tengok muka2 baru yang nak duk beraksi untuk team
masing2 masa kat EPL ni nanti.
Takyah la aku nak buh senarai muka baru tu, buang karan kompeni aku jer, baik
korang surf sendiri kalau nak tahu sangat.

Pada peminat bola, selamat maju jaya menyokong pasukan masing2. Jangan takat
sokong ikut pasukan mana yang kuat jer @ takat muka hensem. lalalalalala!!!!

Peace!!!

posted by Fariz | 3:28 PM | linkback | |




Tuesday, August 01, 2006  

St. Elsewhere .:. Gnarls Barkley
Warner Music
Ni merupakan kombinasi yang boleh dianggap pelik di mana ahlinya merupakan seorang DJ; Danger Mouse (juga merangkap penerbit untuk album ni) & seorang rapper yang mungkin tak dikenali langsung; Cee-Lo. Walaupun kini diorang masih bukan berada di tangga pertama dalam carta, namun ngan lagu yang ada dalam album ni, rasanya ianya akan bertahan lebih lama lagi di carta dunia. Sebut pasal lagu "Crazy" single pertama diorang takyah nak cakap la, terlalu ramai untuk dikira berapakah yang telah di-download & dah berapa ramaikah yang dah menggila kat lagu tu. Tapi aku rasa, kalau korang takat dengar jer lagu single dia tu memang tak cukup feel lagi kerana kesemua lagu yang ada terlalu hebat untuk perkatakan & terlalu banyak yang diorang dedahkan untuk telinga kita. Mungkin tak keterlaluan kalau aku cakap diorang bakal menyayingi kehebatan Outkast kemudian hari. Tak kira ah, apa nak kata, yang penting, aku memang respeks ah ngan idea diorang ni.

Masyuk meter :.: 5


Love & Rare .:. Korn
SONY BMG
Tak ramai rasanya yang tak kenal akan band ni & tak ramai gak yang tak pernah mendengar lagu daripada diorang, paling koman sure pernah dengar 1 lagu. Pada yang suka akan lagu yang diperjuangkan oleh diorang, bolehlah dapatkan CD live diorang ni. Album ni menampilkan lagu popular diorang yang dirakam pada beberapa konsert diorangyang lepas. Sebanyak 13 tracks keseluruhannya, namun yang rare ada dalam album ni hanya ada 2 tracks studio yang berjudul "Earache My Eye" & "Proud". Tu pun bagi aku masih belum cukup rare coz lagu tersebut pernah dikeluarkan sebelum ni. Tapi kalau tak kesah la, maka bolehlah membelinya.

Masyuk meter :.: 3.5



The Pilgrim meets Carburetor Dung .:. The Pilgrim & Carburetor Dung
InterGlobal Music
2 band otai underground yang tak perlu aku nak habiskan air liur untuk perkenalkan diorang ni. Album kompilasi ni memang bakal menguntungkan kerana korang kerana korang bukan jer dapat layan lagu² daripada 2 band terkemuka, malah harganya lak cuma berharga 1 CD jer (save duit naaa!!). Album ni punya 2 CD di mana setiap CD mengandungi 18 tracks daripada setiap band keseluruhannya. Korang jangan fikir lama sangat nak rembat CD ni coz ia memang berbaloi kerana terdapat aneka lagu popular diorang yang patut diperdengarkan semula. Antara lagu yang bakal membuatkan korang tersenyum mendengarnya dek kerana terkenang zaman silam seperti "Boo Hoo Clapping Song", "Churaliya/Deko Abto" & banyak lagi.

Masyuk meter :.: 4.5


The Great Divide .:. Scott Stapp

SONY BMG
Kalau sebut namanya, aku jamin memang ramai yang tak kenal, tapi kalau sebut bekas band-nya; Creed, sure ramai yang tahu. Album ni dimulakan ngan lagu "Reach Out" di mana ianya akan terus mengingatkan kita pada band-nya coz masih terdapat elemen yang sama seperti Creed & album ni boleh dikatakan sebagai album pengubat rindu jugak la. Atau dengan kata lain, sekiranya korang minat Creed, maka korang akan menyukai "The Great Divide" begitulah disebaliknya. Dari segi kekuatan vokal Scott, ia masih lagi berada yang tidak menghampakan, di mana ia masih lagi lantang & gak bertenaga.

Masyuk meter :.: 4



Bright Idea .:. Orson
Universal Music

Walaupun dulu diorang ni kurang dikenali, tapi ngan lagu "No tomorrow" & "Bright Idea" berkumandang di corong² radio, terus membuatkan tiada alasan untuk tidak mahu mengenali diorang. Begitu la aku bila mula mendengar lagu diorang, terus nak siasat cerita ahli band yang punyai campuran alunan muzik yang unik ni. Ngan lirik yang tak melalut, muzik diorang ni agak catchy & tak jemu mendengarnya berulang kali. Aku gak percaya, kalau korang yang biasa mendengar American Rock biasa, sure akan bertukar arah ngan lebih menghayati keindahan erti muzik yang dimainka (tak salah kalau sesekali tukar selera muzik). Dalam album ni terdapat elemen Power-pop & R&B Funk pada lagu diorang yang patut diperdengarkan. Layan siott!!!

Masyuk meter :.: 4.5

posted by Fariz | 12:00 PM | linkback | |




Gua .:. Seorang manusia yang dilahirkan oleh Aliyah Mohamed hasil perkahwinan bersama Abdullah Mohamad .:.

:.: Mohammad Fariz Abdullah :.:

.:. 28 Oktober 19?6 .:.


:.: Nickname (ek eleh) :.:

S[RaP - Z[RaF - CrAsH_OvEr[De



.:. Favorite .:.
songs::: Semua Yang Kerap Diputarkan
comix::: The Sentry
food::: Halal Only
movie::: Batman Begins
local actor::: Afdlin Shauki
int. actor::: Jason Statham + Mark Whalberg + Matt Damon + Heath Ledger
local actress::: belum ada
int. actress::: susah nak pikir
band::: tak kisah, tapi dulu aku gila kat Iron Maiden
singer::: Mike Vescera + David Coverdale
gurl::: Eqinn & Nur Leia A'rish (since always)


:.: General Stats :.:
Kat sini selalu taruk apa ha?


.:. My other site .:.


Jangan klik!!!



:.: Radio Urban Hitz S[RaP :.:


:.: BLOGSTALK :.:
Imran @ Nazim @ Jude Law?

Opie @ Sofia

Aida @ Areyoung

Zaki @ Pasangan Pejal!!

Nazri @ Yop

Salhan @ Jamal Abdillah?

Zafer @ Zen @ Josh Harnett?

Julian @ Lefty @ OR2

Juan URS @ Penggila Kat Mawi AF

Mazanie @ Budak Canada Celup

Nina @ Awek Zen a.k.a Zafer

Afdlin Shauki @ Bapak Kodok

Abe @ Mamat Kelantan FC

Alia @ Minah Interprem

Dayang Nurfaizah @ Vokal Power

shenufan @ Pengulas Komik