Archives

Hahaha.. Semalam memang enjoy wat aku ngan kengkawan seopis aku.. Semalam kitorang pi berbuka kat Bintang Shack. Makanan memang kena ngan selera aku (walaupun kekadang tu aku jenis main bedal jer makan). Kat sana kitorang berbuka ngan makan melayu, total dak² office aku yang berbuka ada dekat 13 orang.

Kitorang stay berbuka adalah sampai kul 8.45 malam.. kira memang pulun habis la jawapnya. Tapi tengah duk sibuk balun makanan yang ada, terasa cam sayang lak. Bukan sayang kerana dek makanan yang kena balun tu, tapi sayang sebab tu merupakan kali terakhir kitorang berbuka kat Bintang Shack. Aku tak pasti la pasai apa tempat yang makanannya leh tahan tapi dah nak tutup. Tapi takpa la... kurang² aku merasa berbuka kat sana. So ni ada beberapa pic yang aku nak wat tatapan korang. Kalau korang nak tenguk lebih pi la site kawan² aku tu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

powershot Muahahaa.. wat pertama kalinya post aku siap bergambar.. terasa cam banggang sangat.. cam buta IT pun ada gak.. Anyway thanks kat Roy coz ajar aku guna post bergambar ni.. heheheh..

Aku saja guna gambar PowerShot sebab nak test.. gambar ni gak merupakan artikel yang tgh aku buat skang ni (masa tgh duk post ni la).. ok la.. tadak idea lagi.. nanti aku merepek merapu lagi..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sekian lama aku tak menjadi manusia paling bz teramat.. skang baru la aku leh rasa relax skit (sebenarnya bz gak.. nak amik hati jer tu)

Aku pun tak tahu apa yang nak aku bebelkan.. ermm.. apa yek? Oh yaa.. malam tadi aku punya la lepak ngan memember aku sampai kul 4.30 pagi. Sampai jer rumah, aku terus bersahur.. lepas sahur aku layan okok sebatang kara dua.. lepas tu aku ZZZzzzZZZZzzz..

Bila tido dah lewat bangun pun biasa la.. matahari atas kepala.. (kurang dah pahala posa aku). Bila bangun tetiba aku dengar sora mak aku membebel, aku tau memang dia pendam tunggu aku bangun tido sebab nak laser aku. Bila aku dah siap bagai, baru la aku tau yang mak aku membebel pasal keter aku calar balar. Aku pun hanggin la gak.. dah la tenguk keter aku calar, kena membebel la plak.

Tanpa malas pk (sebenarnya masih mamai lagi tu), aku pun trus pi cari kedai maxis nak bayar bil. AKu pun pi la kat Leisure mall nak bayar.. sampai je sana.. tup tup tup.. kedai tutup.. pastu pak guard ckp kat tmn connought bukak lagi tutup kul 3 katanya. Aku tenguk jam kat tgn aku kul 2.45.. apa lagi.. aku pun pecut la cam setan.. sampai sana.. aku ushar kiri kanan carik maxis.. pastu aku nampak.. Alamak.. siot tull.. seberang jalan la plak.. ishkk.. nak taknak.. dalam keadaan posa.. aku pun turun keter berlari la plak (sure org tenguk aku cam org gila). Sampai jer depan kedai, rupanya bukan kedai maxis, rupanya tu jual hanpon jer. Siot la.. rupanya kedai maxis yang sebetulnya depan keter aku parking..

Sekali lagi aku memecut belari cam orang sakai.. sampai dalam keadaan semput + lapar.. akhirnya aku berjaya bayar bill aku.. lepas tu aku pun pi office, nak cuci keter + polish yang bercalar tu. Sampai atas.. duk kacau kawan aku roy jap.. pastu terlintas nak bukak blogg ni.. tu jer la saja bebelan aku yang ntah apa2 ntah.. daaa...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Lazada Malaysia

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohon LIKE