Syabas BH
Wahh... macam tak percaya jer aku nak post blog aku pasal anugerah yang berlangsung baru2 ni. Tapi hanya ni saja yang terlintas kat pala otak aku untuk merajinkan diri dalam arena post menge-post ni. Memang aku tak berani nak tipu diri aku sendiri pasal kepuasan hati aku pada acara yang agak sederhana gilang gemilangnya Anugerah Bintang Popular 2004 ni. Yer la... dari apa yang aku harapkan, sepatutnya Anugerah Sri Angkasa merupakan contoh pada anugerah lain tapi sayangnya tidak. Kan ke anugerah tu 'anugerah negara'?

Oklah... Sebab apa yek aku puas hati, mungkin sebab susunan nama pemenang yang naik atas pentas tu kot. Yer la... rasanya takda 1 pun artis yang naik amik anugerah tu membuatkan aku berdetik untuk mengeluh. Kalau ada pun, tu sebab duk atas kerusi yang agak tak best & terlalu lama. Kematu jubo oiittt... Hahahahaha!!

Gandingan kak Ogy ngan Salih Yaakob memang sempoi nak mati, lagi part joke pasal Mat Rempit tu, aku memang tak kontrol gelak. Tu la pukulan orang lama bila mengacarakan sesuatu majlis, memang sempoi. Lagi yang aku tabik bila ada jer ayat2 spontan yang keluar dari mulut diorang membuatkan orang tersenyum kambing. Antaranya, bila Kak Ogy cakap kan wakil CT; Zul "mintak maaf yek, takda ucapan sebab CT dah kasi Ucapan". Camtu la lebih kurang ayatnya.

Artis yang perform? Waahh.. tak yah citer beb, hampir kesemuanya aku layan enjoy. Walaupun artis yang nyanyi aku tak beberapa berkenan, tapi pedulik apa, janji enjoy beb. Lebih menghiburkan bila gandingan pelakon "Baik Punya Cilok"; Afdlin, A.C., Awie & Hans memang membuatkan aku teringin melihat persembahan tu buat kali ke-2. Macam tak caya jer yang Awie boleh ngam jer gandingan ni. Memang ada kamistri habis la!!!
Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Tapi kesian kat Reshmonu yang aku rasa, persembahan dia ni patut best jadi memalukan atas sebab mic yang tak bunyi. Sial aahh.... potong stim betul, kalau aku mahu aku sepak mamat sound engineer dengan rambut conrow tu. Hahahaha.. baru dia rasa... Tapi syabas aku ucapkan kat mamat ni, sebab dia still slumber carry-on show tu walaupun hanya dia sorang jer dengar sora dia. Huhuhuhuhu!!!

Masa diorang announce CT dapat anugerah tu, aku langsung tak rasa terkejut. Ala... dah boleh rasa la, yang orang semua duk sibuk sikit² wish tahniah la.. apa la.. tu la... memacam ah... dah rezeki dia, takkan nak jeles lak, alhamdullilah la patutnya sebab bertambah kaya la anak melayu sorang ni.

Sebenarnya rasa best gak kalau tengok live ni, sebab banyak benda gak korang tak tahu & tak dapat tengok. Antaranya, masa korang tengah duk layan kencing masa iklan @ tengah tengok muka Ning yang berulang² kali tu, aku ngan penonton lain dihidangkan dengan lawak pendek. Ali Mamak ngan Abon membuat lawak yang aku rasa, semuanya spontan. Sempoi & memang kelakar.
Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Apa yang aku dengar, korang gak tak dapat tengok habis persembahan Kembara kan? Ishk... kesian... kan dah rugi 1 lagi show, bukan senang nak tengok orang2 tua tu perform. Hahahaha..
Total majlis ni aku kasi 4 bintang per 5 (standard Malaysia punya award haaa...). Daaa!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati