Mei De Fos B Wit Yu!!! Khohh.. khohh.. kohhh!!

Arini, dengan bangganya aku bersama beberapa rakan office, gi tengok screening STAR WARS : Episode 3. Fuh... punya la xcited toksah citer, tak tahu la kawan2 aku camna.

Aku tak kira apa orang lain cakap pasal filem baru Lucas ni. Bagi aku, ini memang antara filem yang terbaik pernah aku tengok dia arah sesebelum (aku sebut ANTARA ok). Kalau bandingkan ngan episode 2, aku rasa ni lebih baik, jadi kalau sesiap taknak terasa SPOILER, jangan baca aku punya blog ni. Dah nama pun bebel, huhhuhuhu!!!

Aku citer scene pertama yg aku kagum, Lucas kali ni berani buat pembaharuan tentang opening scene dia dalam filem star wars. Bermula dengan 2 buah spaceship yang terbang cam orang gila, sikit demi sedikit korang disajikan dengan scene tembak menembak diangkasa yang paling banyak dalam era STAR WARS. Aksi mencilok toksah cakap la, memang feel biasa. Scene ni, aku rasa cam nanggis siot, memang feel. Kalau aku tak citer pun, dah tentu korang tahu, pastilah kaum hero menang dak gitu. Dahla baru permulaan takkan nak tunjuk hero tak power pulak. Dalam part ni, ada scene anai2 versi robot yang kerjanya lebih kurang cam robot Sentinel dalam filem Matrix (kalau tak silap la), duk berusaha menjahanamkan kapal OBI masa depa duk sedap berperang. Apa2 pun dalam mission ni, Anakin la heronya, OBI? HMMMmm.. hampeh.. huhuhuhuu. Jadi, untuk menyelamatkan tok gurunya, SILALAH TEMBAK KAPAL DIA. So, bayangkan jer sendiri yek.

NOTE: Korang nampak 2 lampu ekzos merah kapal tu? Yang depan OBI bawak, belakang ANI yang bawak. Lain2 aku tak pasti!!

Scene lain yang aku nak cakap aku kagum fighting scene antara Count Doku ngan Anakin & OBI, memang nampak lain & agresif semacam. Tapi part yang boringnya, tetiba lak cam senang jer si mangkuk Doku tu kiok. Mungkin sebab dah terlalu agresif tulah membuatkan diorang mempercepatkan ending dia kot. Ntah la, part ni korang kena nilaikan sendiri, yang penting seperti biasa, Anakin sekali lagi jadi hero. Dalam part ni, apa yang aku tak puas hati, bila OBI dah kena hempap ngan benda bagak apa ntah, tapi dia hanya takat pengsan jer. Aku rasa benda yang hempap dia tu punya kesan paling koman mau retak tebu kaki dia, tapi nak buat camna kan, dah nama pun JEDI. Barang Baikk kottt!!! Huhuhuhu!!!

NOTE: Adegan penyembelihan kepala DOKU bermula!!


Dialog 1: OBI:Kau amik 1, aku amik 1.
Dialog 2: ANAKIN:Yer la tu, masuk ni nak dekat 10 kali aku kena selamatkan kau!!

Orait, korang semua tahukan yang Anakin akan jadi Darth Vader? Kalau tak tahu, baik korang masuk pala dalam lobang jamban jer la wei!!! Ok, pada yang tahu tu, meh tumpukan pada bebelan aku ni. Sebab musibab mangkuk ni turn ke Dark Side memang agak menghampakan aku, ni antara senarainya;
1. Dia hangin sebab ingat semua JEDI COUNCIL duk nak pulau kan dia (ek eleh... hero emo).
2. Dia tak boleh jadi MASTER masa kat COUNCIL tu (bebudak mana leh lawan tokey, si Yoda tu jangan kira aaa.. dia tu bantut, bukan budak kecik).

Dialog 1: Yoda:Benci tul aku ngan si ANI tu, dia ingat aku ni adik dia agaknya!!!
Dialog 2: Windu & OBI:Er... yerr... gulp..eh tengok sana tu!! Lalalala!!!!

3. Ni sebab utama, bila ANI dapat mimpi @ bayangan masa depan (dia tak tahu yang ni), isteri dia yang comel tu bakal mati bila lahirkan anak. So, sebab penat duk memikirkan camna nak cari jalan untuk settle, muncul ayat2 power berbaur anasir jahat yang kononnya kuasa DARK SIDE boleh ubah semua tu. Huh... memang la boleh, boleh blahh!!!

NOTE: Dengan senyuman manja nilah membuatkan ANI cair duk termakan buah dia, eh silap.. termakan pujuk dia.

Bila dah termakan pujuk, apa lagi, Sidious pun meneruskan rancangan dia untuk menindas kaum JEDI. Masa ni, baru korang semua tahu yang sebenarnya plan ni dah disusun baik punya. Semua Clone Trooper tu dah tahu yang depa akan memberontak & hanya mendengar kata2 pujangga si Sidious jer. So korang akan dilayan dengan bunyi soundtrack yang menyayat hati & ditambah plak ngan adegan JEDI dibunuh sorang demi sorang. Oh ya... lupa lak nak kasi tau, punca Windu mati adalah sebab ANI la, dia siap potong tangan mamat tu siot. Apa lagi, Sidious sambung kasi karan sampai nunnnn jauh JEDI hitam tu terpelanting. Siannnn!!!!


Perang sebelum tu memang tak kunjung hebat, mana taknya kaum Wookie pun joint perang sama. Tapi kan, aku terasa cam tertipu betul part ni. Masa memula dapat news yang kaum Wookie ngan Chewbaca ada, aku dah terbayangkan sure syok gila scene tu. Tapi punyalah bagero, aku tak habis kurik hidung aleh2 dapat tau semua Wookie dah mampus. Pastu tak tahu apa jadi, mati ke semua, tinggal sapa ke... bodoh ah kau Lucas, camna part ni kau lupa.

Dialog : Wookie:Oiii Lucas... apsal scene kami pendek je, penat aarr make-up camni!!! Kami nak masuk wayang lagiii!!!!


NOTE: Ni la scene terakhir yang korang dapat tengok Wookie, ntah apa jadi lepas tu haram tak tau pun.

Lagi scene yang paling aku tunggu, dah tentunya pada Jeneral Grevious. Aku dah baca pasal asal usul mamat ni, so dah pasti aku terbayang bertapa hebatnya dia akan membunuh semua kaum JEDI tu nanti. Sekali lagi scene tu hanyalah akan wujud sekiranya aku yang jadi pengarah. Takda langsung beb!!! Yang ada hanyalah pergaduhan ngan OBI & kesudahannya, OBI menang tanpa bantuan ANI kali ni. Tapi aku ngaku, agak terhibur jugaklah bila tenguk mangkuk robot separuh alien ni memainkan 4 lightsaber dia. Paling kelakar, ada ke racing moto ngan binatang. Aduh!!! Susah aku nak kasi tau korang part ni, tengok jer la nanti.



Scene fight ngan lightsaber paling lama dalam sejarah dah pun terjadi. Bila scene anak murid berentap habis2an dengan tok gurunya; OBI. Dari lawan dalam bilik, sampailah bergasak sampai kat luar. Memang feel perabis!! Aku touching sikit bila lepas kaki ANI dipotong, OBI meluahkan perasaannya. Nampak sangat yang OBI memang takda rasa nak selamatkan ANI pun. Kalau selamatkan, mana nak muncul Darth Vader bertopeng la plak kan?



Secara keseluruhan, aku agak puas hatilah dengan citer ni. Ni aku anggap sebagai orang biasa haaa... bukan, sebagai fan boys STAR WARS. Pada pandangan aku, ni ada beberapa perkara yang aku rasa, benda baru, pelik, tak best dalam filem kali ni.

1. Aksi Droid tentera Trade Federation kali ni agak kelakar. Banyak bunyi, atau ayat kelakar yang korang boleh dengar. Aku rasa, dah macam bukan askar lak, rasa cam badut besi la plak.
2. Kalau dulu R2D2, nampak cam lembab jer. Kali ni, nampak cam agresif sikit. Aksi dia pun kali agak kelakar. & yang bestnya, wat pertama kalinya korang akan tengok R2D2 ada scene fight. Siap kena sepak lak lagi lepas tu.
3. Yoda, yang kita tahu makhluk yang kewl. Ada 1 part, tengah dia duk berangan memikirkan pasal ANI, tertiba terkujat & hampir kena tembak. Part ni pun aku rasa belum pernah kita tengok seorang MASTER yang menggelabah.
4. Suasana kali ni, agak gelap berbanding filem2 sesebelum. Mungkin nak bagi kita feel penukaran seseorang hero bertukar ke Dark Side.
5. Kaum Wookie ni dah di war2 sebagai karakter siri patutnya menjadi lebih besar dari apa yang dah terjadi. Aku pelik betul, kenapalah scene Wookie tu sikit sangat sedangkan diorang promo pasal kaum tu bukan main lagi. Ishkk!!!
5. Pertama kali gak, korang akan dengar Darth Vader menjerit. Bayangkan jer la mamat bertopeng tu jerit, best ke dak agak2?
6. Cara matinya Jeneral Grevious pun, agak senang. Lebih kurang cam si Darth Maul gak. Bodoh ahh kau Lucas!!

Tu jer la yang aku ingat, nanti aku dah tengok 2nd time, aku update lagi kat korang.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati