Archives

Tersurat & Tersirat Daripada Ahli Fiqir

Tersurat & Tersirat Daripada Ahli Fiqir

Hari Ini Dalam Sejarah .:. Ahli Fiqir
Powder Records / Warner Music
Dengan bangganya aku menobatkan album yang patut dimiliki oleh seluruh umat yang pandai menghargai apa itu seni. Aku tahu, ramai yang dah maklom dengan single diorang sebelum ni; "Samseng" & "Angguk-angguk Geleng-geleng". Well hell yeah... dah tentu aku akan cakap ini merupakan album terbaik berbahasa Melayu yang pernah dengar sebelum ini. Baik dari segi Rapping, iramanya juga membuatkan aku kagum + salute habis kat diorang. Dengan lirik puitis yang sinis ni gak lah membuatkan aku terfikir & tercari2 maksud yang tersirat & tersurat. Elemen muzik yang digunakan juga bukan takat berbaur irama barat jer, terdapat elemen yang unik, tradisional & agak nusantara dalam beberapa lagunya, seperti lagu "Narapidana" yang terselit alunan Jawa pada lagunya. Sekali lagi aku nak salute sambil berdiri tegak dengan cara diorang menyampaikan lagu & lebih kepada Dayat a.k.a. Mawar Berduri yang bukan takat mampu ber-rapping dengan baik, malahan cara nyanyian juga patut diberi pujian & siap buat ombak kat dia. Cakera pujangga (CD) ini akan jadi bersinar kalau korang beli album ini yang original, percayalah... alunannya menikam cuping telinga korang!! Syabas Ahli Fiqir!!!

Jadi pada sesiapa yang dah beli & dah dengar album ni, rajin2kanlah diri tu untuk mengomen yekk!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Batman Begins!!


Sekali lagi, aku yang bergelar mamat kurang power ni nak kasi pendapat aku dalam filem BATMAN BEGINS yang baru jer aku tengok masa press preview pagi tadi. So, korang leh baca walaupun tak tengok lagi, tapi kalau nampak "SPOILER" kat bawah ni, korang leh stop baca. Terpulanglah yek!!!

Setelah aku berpuas hati ngan filem Star Wars bebaru ni, kini sekali lagi aku BERPUAS HATI gak ngan filem Batman ni. Terlalu banyak elemen yang best ada pada filem Batman kali lak. Maklom la, ni kan filem yang nak bawak kita semua tahu tentang kisah kewujudan Batman, maka terdapat unsur PERCAKAPAN yang banyak (penting ni) & ia tidak sama sekali sesuai (rasanya la) untuk kanak2 untuk menonton. Aku cakap camni sebab korang tahu kan, bebudak (orang tua pun ada gak spesis cenggini) mesti nak tengok lebih superhero ni dari karakter si Bruce Wayne tu (sebelum jadi Batman). Tapi walau bagaimana pun, tentang perihal macam mana si hero cenggitu, cenggini, akan terjawab kesemuanya setelah korang habis tengok filem ni.

Selain babak menarik seperti mengetahui camna mamat Bruce Wayne ni boleh jadi Batman, kita gak leh tahu lebih detail camna sebagai seorang manusia biasa dia boleh terbang, kuat & sebagainya. Yang aku suka, bab persoalan "camna ada kelawar duk selalu follow si mangkuk ni" dah pun terjawab. Semuanya adalah kerana barangan canggih yang ada pada dia. Dan aku gak baru tahu, Batman hanyalah tukang spray suit dia sendiri & tukang asah dia punya batterang jer, lain semua orang lain yang buat sebenarnya. Hahaha... kawan aku si Roy sure tak puas hati kalau aku cakap camni depan dia. Gotham City lak kali ni pun agak lagi best dari dulu, camna? Susah aku nak xplain, yang penting ia 1000 kali best dari Sungei Wang kot.

Dari sudut filem, memang dah sinonim kalau Batman sure lah kena DARK & rasanya ia memang akan menepati cita rasa peminat Batman, baik komik mahupun filem. Jadi pada sesiapa yang nak tengok muka Batman terang2an ala2 cam KULIAH CINTA, JANGAN HARAP LA... muka orang gaji dia jer la korang akan tengok camtuh.


Ini aku nak komen pasal yang negatif lak. BABAK FIGHT. Ishk... naik berpinau mata aku duk nak perhatikan setiap adegan si hero membelasah penjahat. Dahlah filem gelap, angle lak terlalu dekat. So, mungkin gak ada yang terasa cam berserabut, tapi walaupun ada terdetik aku pun cam golongan camtu, tapi aku masih berpuas hati. Mana taknya, korang akan disajikan aksi Batman yang memperbodohkan geng jahat dengan kejap muncul sana, kejap kena tumbuk sini, kejap kena culik sambil bergayut & memacam ahh lagi. Kalau korang tengok part tu, tolong konsenterate, kalau tak rugi la. Ada gak scene terasa cam tengah tengok cerita WISHMASTER (bila pandangan Scarecrow terhadap Batman setelah terkena pukauan dia sendiri) & Resident Evil (pandangan Batman bila nampak orang awam dah nampak cam Zombie). Efek tu mungkin keterlaluan bagi aku, tapi kalau dah asyik mungkin benda remeh tu korang akan ignore. Ehek... kan Roy kan?

Pujian bukan patut pada pengarah jer (kira bebelan yang atas tu semua untuk pengarah la kan), pujian juga harus diberikan sama rata pada mamat yang jadi Batman; Christian Bale. Aku rasa dia ni juga harus diletakkan sebagai pelakon Batman yang paling berjaya & berkesan setelah Michael Keaton. Dari riak muka dia yang seram, penuh emosi, benci, poyo, semuanya menjadi. Cuma 1 jer aku harapkan pada akan datang (kalau la dia berlakon lagi), suh mamat ni jangan tergelak @ sengih. Sebabnya muka dia ni cam apa aku pun tak tahu, buruk bebenor kalau dia happpy. Ishk... gigi dia ada something wrong kot. Entahlah. Karakter lain pun aku nak kasi 2 ibu jari gak, contohnya cam Michael Caine yang jadi orang gaji setianya, Liam Neeson yang jadi guru camna nak jadi terre, Morgan Freeman yang kasi dia banyak gadget canggih, Cillian Murphy sebagai mamat jahat Scarecrow yang menakutkan (serius beb), Gary Oldman sebagai mamat polis yang paling aku suka sebab karakter mangkuk ni memang kewl habis & tak lupa gak pada si awek Tom Cruise; Katie Holmes. Overall, semua karakter dalam filem ni, aku suka. Cayalah, buat ombak kat diri diorang sendiri. Wosh!!!

Ending!!! SPOILER!!!!
Secara keseluruhan jalan cerita agak lancar & tersangatlah origin dari komik. Kegembiraan aku terpancar lagi2 dengan part ending bila kita dikejutkan @ lebih sedap aku cakap, 'kita ditipu' akan siapakah si Ra's Al Ghul yang sebenar. Part percintaan Bruce ngan kawan lamanya pun menyayat hati si Batman, maklomlah, dia kena rejek setelah tahu yang mamat ni dah jadi Batman (ek eleh... Loser gak ke dia ni? Ingatkan staff aku jer!!!). Kata2nya semasa berdepan dengan Bruce? Fuh... memang dramatik habis.
Lagi yang aku suka pada ending cerita ni bila Gordon (mamat polis tu la), menyampaikan berita pada Batman yang ada mamat jahat yang 'menyampaikan salam'nya pada dengan meninggalkan 'name card' dia pada si hero. Korang nak tahu apa benda kad tu? Kad tu berupa daun terup yang tertera JOKER. Arghhh... gila ahh!!! Kena tengok lagi nih!!! Demm...

Nak review lebih best pasal filem ni, nantikan ulasan Nazim Masnawi a.k.a Roman Kodian(konpim ahh dia akan review filem ni, sebab rabu ni dia baru nak tengok!!! Sian kau yekk!!).

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Lazada Malaysia

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohon LIKE