Tersurat & Tersirat Daripada Ahli Fiqir

Hari Ini Dalam Sejarah .:. Ahli Fiqir
Powder Records / Warner Music
Dengan bangganya aku menobatkan album yang patut dimiliki oleh seluruh umat yang pandai menghargai apa itu seni. Aku tahu, ramai yang dah maklom dengan single diorang sebelum ni; "Samseng" & "Angguk-angguk Geleng-geleng". Well hell yeah... dah tentu aku akan cakap ini merupakan album terbaik berbahasa Melayu yang pernah dengar sebelum ini. Baik dari segi Rapping, iramanya juga membuatkan aku kagum + salute habis kat diorang. Dengan lirik puitis yang sinis ni gak lah membuatkan aku terfikir & tercari2 maksud yang tersirat & tersurat. Elemen muzik yang digunakan juga bukan takat berbaur irama barat jer, terdapat elemen yang unik, tradisional & agak nusantara dalam beberapa lagunya, seperti lagu "Narapidana" yang terselit alunan Jawa pada lagunya. Sekali lagi aku nak salute sambil berdiri tegak dengan cara diorang menyampaikan lagu & lebih kepada Dayat a.k.a. Mawar Berduri yang bukan takat mampu ber-rapping dengan baik, malahan cara nyanyian juga patut diberi pujian & siap buat ombak kat dia. Cakera pujangga (CD) ini akan jadi bersinar kalau korang beli album ini yang original, percayalah... alunannya menikam cuping telinga korang!! Syabas Ahli Fiqir!!!

Jadi pada sesiapa yang dah beli & dah dengar album ni, rajin2kanlah diri tu untuk mengomen yekk!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati