Fantastik ke Fantastic 4?

Hah... lagi munculnya sebuah filem yang diambil dari komik. Fenomena ni memang skang dah jadi cam penyakit berjangkitkat US sebab bukan ni jer, akan datang nanti akan banyak lagi filem komik yang akan korang nampak terpampang posternya kat dinding panggung nanti.

Berbalik dengan filem yang pada suatu ketika aku pernah menjadi pengikut setia kartunnya yang ditayangkan setiap pukul 5 petang. Pada mulanya, aku cam malas jer nak pergi tengok filem ni, al-maklumlah, ramai bebenor mamat power pasal movie kat opis aku ni (terutamanya si
Nazim Masnawi a.k.a. Roman Kodian) dah baca reviews tentang filem ni agak TERUK feedback-nya.

Well, setelah puas aku memaksa badan aku pergi tengok sendiri dengan mata aku, apa ayat yang boleh aku ungkap; "Boleh tahan gak filem ni". Mungkin ada yang setuju, mungkin gak ada yang kata aku poyo, hey... nak wat camna, aku bukan si MR. PERFEK yang arif bab filem ni.

Untuk jalan cerita, boleh dikira biasa & adakalanya menghiburkan la gak. Lagi2 dengan karakter Chris Evans sebagai Jimmy Storm a.k.a. Human Torch yang agak kerek & poyo (in a good way).
Aku rasa tak perlu la aku nak kasi tau jalan cerita mengenai apa kisahnya, yang pasti si jahat (pun ada power gak) akan melawan dengan di baik, tak kisahlah atas dasar apa sekalipun.

Terdapat beberapa part yang aku anggap ia seronok untuk ditonton bila scene macam mana setiap watak discover tentang perubahan yang ada pada diorang. Ada yang suka & ada yang membenci dengan diri sendiri (biasalah, korang tengoklah sapa yang paling buruk sekali tu). Efek lak, nak cakap perfek tak la gak, tapi aku kasi 2 ibu jari pada efek yang dibuat pada Human Torch. Kesan semasa dia mula transform nak jadi mamat api & kejar mengejar dengan puluru perpandu tu memang membuatkan ia hidup & mungkin lebih dari apa yang aku gambarkan melalui komik. Scene Mr. Fantastic (Ioan Gruffudd) ketika melilit Things (Michael Chiklis) juga agak sama seperti yang yang digambarkan dalam kartun mahupun komik. Sekali lagi efek Mr. Fantastic (yang pada mulanya aku benci pada karakter ni) menunjukkan powernya ketika menentang Doom (Julian McMahon), siap jadi cam kain siot... hahahaha.. tapi memang best ar part tu!!! Sebenarnya agak banyak gak la unsur komik tu tak tercemar, antaranya seperti mana Human Torch & Thing selalu bertengkar, sama gak dalam filem ni. Aku gak setuju ngan kawan aku yang watak Jessica Alba dalam filem superhero ni memang nampak pelik. Walaupun dia comel, aku tetap cakap tak best, sebab karakter yang dia bawak sebagai Invisible Woman tu memang tak kena langsung ngan dia. Kalau ikut komik, karakter tu memang agak matang atau dengan kata lain Roy; MILF. Tapi apa nak buat, dah dia jer yang paling top dalam filem tu, kira palaris la kot.

Watak sebenar dalam komik.

Yang tak menarik lak daripada pandangan aku. Hmm... mungkin sikit, tapi still boleh dikira perosak filem. Yang ketara adalah pada kostum Things. Ishkk.. mangkuk ni sepatutnya jadi batu, tapi apa yang aku nampak cam getah sekerap yang melekat2 kat badan dia... Cam geli pun ada. Walaupun cenggitu, karakter mamat yang agak suey & gampang ni baik daripada rupa mahupun pada al-kisahnya, ia tetap ada tarikannya. Euuuu!!!! Bab soundtrack lak aku rasa ada beberapa lagu yang tak dapat bawa aku untuk menikmati filem ni sangat. Ntah tetiba terasa macam ada tak kena dengan scene yang cuba diorang nak tunjukkan dengan lagu yang dimainkan. Mungkin kalau irama latar tu menarik sedikit sebanyak kita akan lebih teruja untuk menonton. Dak gitu?

Lagi 1 karakter yang aku tak beberapa berkenan; Dr. Doom. Ishkk... apalah yang sialnya dia ni sampai aku cam tak beberapa suka ngan dia. Mungkin 1 kerana kostum dia atau mungkin dengan pembawaan watak tu. Dah la muka mamat tu tak nampak jahat, pastu kejahatan yang dia buat pun agak lame... ala cam orang jahat lain gak, bunuh orang tu, orang ni, letupkan sana, rosakkan itu ini.. standard la tu. Tapi apa2 pun, tak cam orang jahat melayu kita yang sure ada muka pervert. Hahahaha!!!

Nak tahu gak ke spoiler citer ni? Haaa... spoilernya bila si hero menjadi pujaan ramai & si jahat kalah teruk. Hahahahaha... kalau aku tak cakap pun korang dah boleh tahu kot. So, untuk moral filem ni lak, 'Jangan benci orang yang muka & perangainya tak macam orang, kerana orang itulah yang akan menjadi penyelamat anda kelak'. Hahahahaha... memang lame!!!! Nasib aahh sapa yang baca ni kan!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati