Jelajah Bidor, Perak

Wah, sepatutnya aku post benda ni last week lagi, tapi maklom la aku kan 'tak busy habis'. Dat day, memang best gila betul dapat road trip bersama kawan2 office, gila korang... boleh kira ngan taik hidung berapa kali jer dapat peluang macam ni. Kalau dulu aku n da geng kasi gegar sama Puspa punya wedding kat Melaka, kali ni giliran Bidor, Perak lak, di rumah Izlin. Yang menariknya kedua2 wedding ni merupakan ex & Sub-Editor aku, ishk... cam mejik kan? Hahaha.. poyo!!!

Antara umat yang join sekaki, tak la ramai, hanya ada 2 kereta & setiap kereta ada 4 umat kesemuanya. Dalam kereta aku ada
Roy, Imran & Opie. Sepanjang perjalanan macam2 story keluar, maklom la, bila penulis sembang ngan penulis. Tapi paling yang aku ingat adalah topik "Siapakah Artis Tempatan Yang Paling Suka Untuk Tidur Bersama". Walaupun ini hanyalah fantasi & tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati, tapi nampaknya hanya Roy jer yang bolot semua artis yang aku bayangkan. Demm u Roy!!!

Lagi yang menarik sepanjang perjalanan kitorang menjadi antara orang terawal melihat proton Satria baru a.k.a. SRM kat on the road. Sempat gak aku ber-racing ngan kereta tu, ni semua sebab kawan2 aku nak sangat ambil gambar & video kereta tu. Masuk jer area kampung, aku dicucikan mata dengan keindahan pokok rambutan yang time tu tengah bergiat berbuah.

Sampai jer, ngam2 pengantin tengah berarak. Makan lak agak menarik, sebab pertama kali aku tengok lauk pauk kenduri kahwin ada sertakan sekali ikan bawal masak taucu & cencaluk. Maklom la, orang bandar, so cam sakai la sikit. Hahahaha!!!

Apa2 pun aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat Izlinda & Azwan. Artikel jangan lupa, kang terlebih dateline lak!!!

Gambar2 yang berkaitan dengan story ni:
Ni la SRM yang diperkatakan tu Jamy kontrol ayu sakai yang tak pernah tengok bunga manggar SRM lagi
pengantin Rock Aku, Jamy, Kamil & Zafer Imran, Opie, Bart & kamil sekali lagi menyibuk kalau la aku curi rambutan ni kan best Tolong menolong membawa 'berkat' pulang Bart, sakai Johor
p/s: Klik gambar untuk melihat saiz yang lebih besar!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati