Komik Bacaan Aku?

Orait, ni aku nak jawab soalan brader kat shoutbox tu... bukan taknak jawab sana cuma ni cam kasi idea untuk post blog. Hahahaha.. Thanks bro!!
Ermm... memang aku ada baca komik US, tapi bukan tu jer, sebenarnya banyak lagi komik yang duk aku mengadap, baik keluaran company aku sendiri. Tapi aku bukanlah mamat hardcore yang sanggup keluar duit beli komik US nun, mahal beb... kalau takat komik tempatan tu mampu lagi la kot.


Ok... skang ni aku tengah duk feeling dengan komik ULTRA. Well, nak cerita apa kisahnya pun, aku lum khatam lagi, nanti2 kalau aku rajin aku kasi la tau. Memula sekali aku mula minat komik ni adalah pada artworknya yang simple & permainan warna yang lembut. Ni bukanlah aku cakap yang aku menolak komik yang penuh warna pancaroba tu, idak... tapi sesekali mensyahdukan mata dengan warna2 lembut apa salahnya kan? Lagi yang aku terhibur dengan jalan ceritanya yang mengenai superhero & disebalik kisah superhero ini.

Bayangkan kat dunia ni, ada agensi yang menguruskan perihal superhero yang ada. Yer la.... ala2 cam agensi model yang ada skang ni. Agensi ni la menguruskan akan apakah kes yang perlu disettlekan oleh superhero ni & populariti diorang baik dalam periklanan. Hahahaha... cam menarik jer kan. Tapi sebenarnya bukan cerita pasal agensi tu yang nak diketengahkan, tapi pasal minah yang punya power bernama Pearl Penalosa a.k.a Ultra & 2 lagi kawan baiknya. Macam2lah superhero yang nakal ni buat, cam dak pompuan biasa gak, cuma diorang ni ada tanggungjawab untuk menyelamatkan dunia. Poyo aahh!!! Diorang ada jumpa ngan tukang tilik di mana diorang diberitahu selepas 7 hari sorang akan mendapat durian runtuh (memang tengah musim kot, hehehe), sorang akan mendapat cinta sejati & sorang akan dapat kecelakaan. Adakah betul atau tak, aku sendiri belum habis baca, korang pun kena baca. Jadi, main point cerita ni, korang akan tahu apakah akan terjadi pada diorang setelah 7 hari berlalu.

Apa yang leh aku cakap, jalan cerita simple, senang nak faham, lukisan simple tapi menarik, tone warna yang tak memeningkan & yang penting sekali AWEK dalam ni semua seksi bangat!!! Tam!! Tamm!! TAMMM!!! Dialognya juga seakan hidup, memang style girl talk!! Ini gak membolehkan aku terbayang sekiranya ia difilemkan memang tak perlu nak ubah skripnya.

Kat bawah ni antara kandungan komik ni!!!


Note: Cover komik ini seakan cover untuk majalah!!



P/S:
Pelukis komik US dalam list aku.
1. Alex Ross
2. Michael Tuner
3. Jim Lee
4. Jae Lee

Kenapa 4? Sebab aku masih belum jumpa sapa yang boleh isi tempat ke-5 tu.

Penulis? Semua hebat!! Lagipun aku belum arif nak menilai penulisan orang. Kalau tak hebat, masakan diorang leh glamour.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati