Gol & Gincu vs. Legally Blonde?

Memula sekali, aku nak mintakkkk maaaafff kat sesiapa yang terasa apabila baca bebelan aku. Pada mulanya aku cam x-cited nak tengok filem pertama Rafidah Abdulllah, pengacara 3R tu. Yer la, korang pun tahukan minah tu grad mana, tu yang terasa cam bangga bila jadi antara orang terawal tengok filem ni. Tapi bila dah habis jer tengok, terasa cam menyersal pun ada gak, mana taknya, sikitlah awal aku keluar semata2 taknak miss (konon2 la).

Oklah, apa yang aku boleh cakap filem ni boleh aku katakan yang ia merupakan filem "Legally Blonde" melayu. Korang tahu kan filem omputih tu berkisarkan awek blonde yang cuba jadi lawyer (walaupun still blonde) setelah kena dumbed ngan balak dia? Sama gaklah kisah filem "Gol & Gincu" ni. Cuma yang beza, dia tak jadi lawyer (sebab konon2 nak wat cam masuk akal la kot), dia jadi footballer (still tak masuk akal pada pandangan aku, benci ahhh!!!). Jadi footballer yang aku cakap ni, bukan yang main kat padang tu, tapi sebenarnya Futsal jer. Ek eleh.... lagi la poyo!! Opss!!! Sorry yekk!!! Jadi dia join sebab nak amik hati balak dia balik la ni, & samping tu kalau dah ada heroin, sure la ada lawannya yang dah pun jadi awek baru pada balaknya tu. Arghhh... storyline flatttttttttttttttttttttttttt!!!!!! Dah boleh agak siottt!!!

Senang citer filem ni terlalu girlie buat aku, & terdapat banyakkkkkk sangat unsur2 "3R". Hey, nak mintak tambah kontrak lagi ke? hehehe!!! Haaa.. lupa lak aku, kalau korang tengok filem ni, banyak info cam "cara2 untuk menghantar & menerima SMS @ MMS anda". Maklomlah, Hotlink sponsor la katakan. Yang tu, bagi aku terlalu sam... err.. malas ahh sebut. Dari plot lain yang aku nampak, terdapat gak sikit2 plot "Bendid Like Beckham" terselit dalam filem ni. So cam yang korang tahu, akhir filem ni musti si Heroin akan jatuh cinta ngan mamat lain yang duk syok kat dia dalam diam. Frust aaaa... aku ingat ada something kelainan yang nak diberikan dalam industri filem kita, tapi malangnya kenapalah mesti ada unsur fotostate filem luar lagi.

Pengarah, Bernard ChaulyTapi aku nak kasi tepukan gak la kat brader pengarah filem ni; Bernard Chauly. Dari segi angle, sinematografi yang dibuat membuatkan aku tak jadi nak tido kat panggung. Yer la... kurang2 ada benda yang aku boleh tengok, kan akhir jalan cerita dah boleh agak. Puji ni bukan nak cover line apa yang aku cakap ni, tapi aku suka apa yang aku nampak. Korang ntah la... kena tengok la sendiri.

Jadi kalau tak puas hati apa aku cakap, tapi tak tengok sendiri filem ni apalah hasilnya kan?



Filem ni dilakonkan oleh:

Nur Fazura - Putri (heroin blonde yang makan belacan)
Ashraf Sinclair - Eddy (mamat ni still xnampak natural bila berlakon)
Sazzy Falak - Shasha (musuh heroin yang try so hard nak jadi minah saleh. Sorry Roy!!)
Mohd. Pierre Andre - Reza (anak Khatijah Tan yang aku tak nampak masa lagi depan dia sebagai pelakon. So soft la bro)
Melissa Maureen - Mia (cute, er... cute.. err.. cute ahh!!!)
Rafidah Abdullah - Zie (coach bola diorang yang dia sendiri main cam hampeh)
Sharifah Amani - Jijie (er.. cute gak... hehehe)
Kartini K.A. - Sarah (tukang selitkan slot 3R dalam filem ni)
Zarina AF2 - Dayang (dia ni kalau takda pun takpa kot)
Anding AF2 - Fiq (lagiii la takpa!!!!)

p/s: aku harap Rafidah akan buat 10 x better than this, sebab aku tahu dia boleh. Harap2 lah!


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati