ROCK Mamat Khalid Menjadi Ke?

Ishk... aku memang tak tahu langsung akan adanya filem yang bertajuk "Rock" arahan Mamat Khalid ni. Bila dapat je invitation, tetiba jer rasa cam semangat nak tengok, padahal jalan cerita pun aku tak tahu lagi camna, mungkin power ada pada nama pengarahnya kot (ewahh). Sebelum nak gi screening, sempat gak aku baca sinopsis cerita ni dulu, ishk... lagi berkobar siot nak tengok.

Cerita ni kononnya pasal band Rock yang cuba nak jadi glamer & ianya 80-an. Erm... aku ngan kawan2 duk pikir berjaya ke filem ni nanti? Lagi2 bila tengok senarai pelakon memang meragukan. Yer la... Hasnol ngan Que jadi rockers? Tu la hakikatnya beb!!! Aku ngan kawan2 aku yang selama ni duk tabik ngan arahan drama brader Mamat, kini nak tabik pulak kat filem terbaru dia ni (jangan compare ngan Lang Buana tu haa!!). Dia bukan sahaja berjaya hidupkan suasana 80-an (walaupun tak perfek), era Rock & gaya rockers tempatan zaman tu hampir turut berjaya gak.

Jalan cerita aku malas nak cerita, biasalah... pasal perjuangan untuk mengejar cita2, samada berjaya @ tak, itu jer la yang boleh dikupas pun. Tapi yang melemahkan adalah PERJALANAN jalan cerita tu agak menyeleweng daripada perasaan berkobar menonton. Untuk permulaan 30 minit pertama filem ni, aku agak enjoy habis dengan gelagat lawak & jalan cerita yang tak disangka. Mana taknya, bagi orang yang pernah lalui zaman 80-an sure ketawa & flashback ngan apa yang pernah dilalui adalah sama ngan realitinya. Tapi lepas 30 minit tu, aku ngan kawan2 yang menonton sama dah mula menguap & gelak pun dah tak besar, paling koman senyum sinis jer. Terlalu banyak scene yang tak patut dirakam terlalu lama, contohnya bab persembahan Battle Of The Band yang langsung tak menarik & tak kelakar langsung. Lagi, terlalu banyak scene klip video yang siap ngan lagu penuh. Aiseh bro, nak tengok filem la, bukan nak tengok MTV. Cukup2lah peringkat awal dah buat orang gelak, takkan nak repeat benda yang sama berulang kali (walaupun berlainan aksi). Pastu ada la lagi beberapa part yang cam tak perlu nak buat & tak penting, contoh kemunculan cameo yang tak beberapa menjadi & tak cukup kuat untuk menggukuhkan filem ni.


Aku sepatutnya nak tanya brader Mamat, apa sebab dia mendatarkan cerita yang pada mula punya la klimaks gila baban. Aku rasa mesti ada sebab yang boleh dia jawab, tapi apa kan daya, makanan yang dihidangkan masa lepas show lebih menarik minat aku daripada bertanya. Pada mulanya aku nak puji yang brader Mamat ni agak peka dalam penghasilan era 80-an daripada terkantoi, tapi member aku cakap still ada part kantoi bila tetiba terpacul lak keter Kancil. Ishk... rugi tul aku tak perasan part tu. Walaupun camna, aku tetap nak puji la, sebab daripada pakaian ngan props yang digunakan still dikategorikan sebagai old skool. Pujian juga nak aku humban kat pelakon2 yang betul2 berjaya menghidupkan wataknya, cam Que Haidar, Sofi Jikan & Khir Rahman, cara percakapan & gaya memang menampakkan yang diorang ni cam Rockers yang sebenar. Tapi lain lak pada pelakon utamanya; Hasnol Rahmat, dia memang pandai menghayati watak tapi aku tetap tak nampak ada ciri2 Rockers yang ada pada dia. Tu la antara faktor yang aku rasa watak dia bawak tu cam gagal sikit.

Anyway, aku cakap ni bukan nak kata filem tak best langsung, cuma kalau apa yang aku cakap tu diambil berat, aku rasa filem ni leh setanding ngan filem "Almost Famous" (hahahahaha!!!, oklah, kalau tak dapat setanding banyak pun, serpihan bau2 kentut pun jadilah!). Tahniah buat brader Mamat kerana berusaha untuk mencipta perubahan kat filem tempatan. Bagi yang membesar era 80-an & meminati irama Rock Kapak tempatan, aku cadangkan gi tengok.

p/s: Aku suka poster filem ni, rasanya ada berapa banyak jer poster filem tempatan yang cam gini yek? Yer la, tak perlu nak exposed muka pelakon utama besar2. Tak gitu?

Rate: 3\5

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati