Bukan CASTELLO Dulu?

Pada yang pernah dengar nama ni, pasti dah terbayang filem Gerak Khas yang kat dalam tu orang jahatnya bernama CASTELLO. Tapi aku bukan nak cerita pasal mamat yang ada bertatu kat tengkok dia tu, tapi ada sorang lagi mamat yang dilakon orang yang sama, rambut yang sama & perangai yang sama pada mulanya je. Aku tahu, sure ramai yang akan cakap aku ni mesti nak kondem filem orang lagi. Tapi apadahal, aku cuma nak cakap apa yang aku rasa perlu dikongsi, mungkin korang meluat, tapi terfikirkah korang ntah2 ada orang suka, manalah tahu.


Berbalik dengan filem yang aku tengok; CASTELLO, cerita ni bukanlah ada kena mengena dengan watak dalam Gerak Khas, cuma Rosyam cakap dia gunakan karakter ni untuk filem pertama dia ni. Kali ni aku nak point2 apa yang patut korang tahu & aku percaya dengan kata2 aku pasti takkan dapat nak ubah persepsi korang untuk tengok filem depan mata korang sendiri.

Jalan Cerita:
Erm... apa yang nak aku cakap yek. Oklah, cerita ni secara ringkas mengisahkan sorang mamat yang dulu masa muda seludup dadah kat sempadan Siam untuk menampung pendapatan, pastu bla bla bla tangkap cintan, bla bla bla bla bla, kawin, bla bla bla bla seludup dadah balik, bla bla bla bla kantoi ngan otek. Setelah 15 tahun mamat ni yang dah insaf ni pun balik la ke pangkuan keluarga. Tup tup, anak lak wat, hal, pastu kena rogol pastu bla bla bla kecoh bila bini lak terbunuh, in the end cam biasalah, BALAS DENDAM. Ewahhh!!! Korang rasa cam biasa tak ngan jalan cerita cenggini? Olahan jalan cerita takda la menarik sangat jer bagi aku, cuma aku rasa still kira ok la, sebab diorang wat cerita supaya penonton tak pening, tak payah nak fikir & apa yang perlu sedih & amik iktibar jalan cerita. Biasalah kena ada motif pengajaran kan!!

Pelakon:
Bab pelakon, siapa yang tak kenal dengan lakonan Rosyam, pasti ramai yang cakap dia dah tentulah bagus kan. Aku taknak komen lakonan Rosyam, sebab aku tahu dia ni ramai peminat wooo!! Aku cuma nak cakap lakonan Que Haidar ngan pelakon baru Liyana Jasmay (kalau tak silap aku la) sebagai anak kepada Rosyam.

Que Haidar: Aku pernah tengok lakonan dia dalam KL Menjerit 1, yang aku anggap karakter dia tu biasa jer, takda apa yang boleh dipersembangkan. Pastu aku tengok karakter dia dalam filem ROCK lak di mana pada mulanya aku cam takut gak dia tak berjaya wat watak rockers kelakar. Tapi jangkaan aku meleset, dia memang boleh bawak (malah lebih baik dari hero dalam filem tu). Kini karakter tokan yang kerek nak mampus, dahlah guna nama Sepet, memang best. Well done!!
Liyana Jasmay: Aku agak terkejut gak la ngan minah ni, watak yang dia bawak memang menjadi. Rosyam ada cakap ngan aku yang dia ni dari kecik dah pernah berlakon, tapi ntah kenapa aku tak perasan lak ngan dia. Mungkin cerita yang dilakonkan tu hampeh kot. Aku suka tul part dia tengah ketagih dadah, memang naik mood ketagih. Pun aku nak cakap, tahniah kat dia. Boleh ganti Ellie Suriati kot 1 day nanti. Hehehe..
Zain Ruffedge: Pada mulanya aku nak tergelak gak bila dengar dia jadi Rosyam masa memuda. Tapi bila dah tengok, aku cakap "eh... mamat ni cam Rosyam siot!!" Korang jangan aku cakap pasal muka lak, tapi karakter CASTELLO yang dia bawak tu agak menjadi gak la. Kira oklah kan untuk orang baru dalam dunia filem.


Aksi:
Filem ni apa yang aku diberitahu oleh Rosyam ngan Bade, bukanlah aksi sepenuhnya, ianya merupakan sebuah filem aksi drama. Diorang pun takut kalau ada orang target filem ni penuh ngan gasak. Tapi aku nak cakap lagi sekali ianya BUKAN. So aku komen sikit jer.

Gaduh: Bab gaduh, walaupun cam ada yang tak kena tapi dengan muka Rosyam yang nampak selamba bergaduh tu aku kira bagus la gak. Takda lagi aksi pelakon utama yang pukul orang tapi tutup mata. Apanya gengster daaaa.

Kejar Mengejar: Uish... masa bab ni terasa cam cerita Gengster siot. Cuma dilakukan pada waktu SIANG. Aku ulangi, waktu siang. Ishkk... time tu bukan ke KL penuh ngan polis trafik?

Something New: Korang pernah tak tengok filem melayu yang aksinya gunakan background sungai klang or gombak? Haa.. jangan memain, dalam filem ni ada aksi kejar mengejar pakai jet ski kat sungai tu siot. But end-up aksi tu, aku malas nak cakap, menyedihkan.

Tergolek: Banyak gak scene tergelebak ni, ada yang dari atas bumbung kereta & yang paling banyak mat rempit skuter (aku tak tahu apa tujuan part ni dimasukkan) tergolek dog tak pasal2.

Kantoi:
Ni ada beberapa part yang aku rasa ianya ada merosakkan filem ni. Iyalah, walaupun kita ni manusia yang tak semuanya perfek, tapi kalau ditekankan benda2 camni barulah kita dapat kualiti filem kita mencapai ke next level.

Teksi: Ada ke teksi yang bunyinya cam EVO @ Skyline? Tahu la yang bawak tu tokan, tapi tu bukan teksi si tokan sampai boleh bunyi berubah tetiba.

Iklan: Aku tahu, Julie jenama biskut tu banyak tabur sen untuk filem ni, tapi aku rasa terlalu banyak iklan Julie dalam filem ni. Kekadang aku rasa cam tertekan jer bila hampir setiap 15 minit ada jenama tu terpampang. Nak bodek pun agak2 la wei, rosak filem kau wei!!

Grafik: Wah... jangan ingat takda grafik, ada siot, lagi masa part end-up kejar mengejar dari sungai yang aku cakap tadi tu. Kekantoian adalah pada kualiti gambar yang tetiba jer berubah, aiseh... masa tu filem rosak kot.

Dahlah, panjang lebar lak aku membebel kali ni. Cukuplah takat ni, korang aku sarankan tengok dulu filem ni, kalau best tengok lagi, kalau tak tahu nak cakap apa, meh tinggalkan komen kat sini. Kita kongsi ramai2.. ingat pesan aku, jangan dengar cakap orang, tengok dulu. Ni tak tengok lagi tapi nak kondem komen orang, apa hasil!!!


RATING: 3/10

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati