Greatest Hitz .:. Limp Bizkit
Universal Music
Pedulikan pasal kontroversi yang ditimbulkan oleh Fred Durst, aku tahu antara korang ramai yang pernah menyukai ngan diorang ni & ramai juga pernah mengganggap diorang sebagai idola. Memang diorang pernah top dengan lagu2nya sehingga ada yang menggunakan khidmat diorang dalam menghasilkan lagu untuk filem. Ni merupakan buah tangan diorang yang terbaru di mana ada antara lagunya mampu memberitahu korang yang diorang juga merupakan antara band terbesar dalam dunia hiburan yang pernah disanjung tinggi & kini jatuh menjunam ke dasar. Di dalamnya penuh dengan lagu yang hampir kesemua lagu menjadi pojaan hati. Album ini memuatkan lagu2 terbaik diorang seperti "Faith", "Nookie", "Break Stuff", "Re-arranged", "N 2 Gether Now", "Take A Look Around", "My Generation", Rollin'", "Behind Blue Eyes" & beberapa lagi. Ianya punya 17 tracks keseluruhannya, di mana 14 lagu koleksi terbaik & 3 lagu yang belum pernah di-released-kan lagi. Lagu baru yang dimaksudkan tu agak berbaloi untuk perdengarkan, ianya; "Why", "Lean On Me" & "Home Sweet Home/Bittersweet Symphony" (merupakan lagu Montley Crue & The Verve yang dimainkan semula).

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati