Singapura dilanda Toda..err... Dream Theater?

Pada 28 Januari 2006, bandar singa negara jiran kita diserang 1 lagi wabak yang dikenali sebagai Demam DT. Punyalah dahsyat demam ni sampai aku yang kat KL ni pun leh ikut demam gak & yang paling teruk aku kena demam ni lebih awal 2 bulan dari orang Singapore. Hahahaha... sebenarnya bukan demam apapun, tapi kemaruk dengan band yang menggelarkan diri DREAM THEATER (DT). Diorang datang pada tarikh yang aku cakapkan tadi, dengan membuat konsert sempena dengan 20 tahun ulangtahun diorang @ Singapore Indoor Stadium. Fulemekk... dah tua siot!!!

Aku ni bukanlah fans gila2 diorang, plan asal nak gegar sana pun atas sebab ada officemate aku (dah boleh kira ORANG TUA la gak) yang minat sangat kat band ni. Aku lak yang pernah layan 1 2 3 4 5 lagu diorang ni pun turut la nak kobarkan diri. Nak thrill lagi, aku suh member aku tu burn kan lagu2 DT untuk aku. Aku akui, memang aku rajin gak layan lagu diorang dalam kereta & jangan harap la aku dapat hafal lagu diorang tu. Tapi asalkan bila diorang perform nanti, aku pernah dengar la kononnya nanti. Hahahaha. Ramai gak antara korang yang tak pernah dengar pasal band ni kan? Untuk pengetahuan korang, band ni memainkan irama bergenre Progressive Rock. Konsert ni agak penuh gak la ngan peminatnya yang tersendiri, tapi sayang disebabkan penganjur menyediakan kerusi maka, ianya nampak kosong di beberapa tempat. Aku cakap camtu sebab, korang tahu la kan, tengok konsert Rock bukan tengok Opera nak kena layan feel duduk, ni Rock beb... mesti ah berdiri. Bila dah berdiri ke depan, maka seat yang ada ditinggalkan menampakkan 'kerongakkan' berlaku. Ada la lebih kurang cam gigi rongak member aku tu; Ajis King.

Ok, berbalik citer konsert DT... show sepatutnya start dalam kul 8pm, tapi mula agak lewat 1 jam daripada yang dijadualkan (ishk... ingat janji melayu jer takleh pakai). Aku yang ditempatkan kat backstage pada mulanya, mula risaukan penganjur sebab ingatkan diorang lupa kat pihak media ada duk terconggok kat belakang ni, rupanya memang lambat start daaa, tu pasal la diorang tak panggil2 pun. Tengah duk lepak2, ushar mat saleh kerja angkut tu angkut ni, tetiba aku dengar bunyi keyboard berkumandang (ewahhh), pastu aku ngan photographer lain duk cuak, bila la agaknya diorang nak panggil kitorang ni. Pastu, tetiba ada awek duk lari tercungap2, sambil tangan melambai2 kat kitorang, duk buat tunjuk2 syarat cam orang bisu punya sign language tu. Maklum la, time tu dia dah takleh nak cakap dah, sebab tak cukup napas masa lari tadi. Benggong sungguh!!!

Konsert ni gamat dengan sorakkan orang, membuatkan aku tak senang nak amik gambar. Aku turut xcited sampaikan aku jadi panik dengan setting kamera aku yang ntah cam apa ntah. Ditambah lak dengan speaker betul2 dekat ngan kitorang yang duk depan stage ni. Lagi yang membuatkan aku ghairah bila nampak kehebatan sorang2 ahli band perform cam John Petrucci; gitar, James Labrie; vokal, Mike Portnoy; drum, John Myung; bass & Jordan Rudes; keyboard). Lagu yang menjadi opening adalah lagu "The Root of All Evil" yang aku rasa memang seswai sebagai pembuka tirai. Bila masuk 2nd songs; "Panic Attack", aku dah mula snap aneka gambar, walaupun aku tak cukup lens, tapi aku gigihkan gak untuk mendapat angle yang best (konon2 ah... padahal cam hampeh jer gambar aku). Tapi hanya 1 jer aku malas kalau amik gambar masa konsert ni, lighting memang la menyusahkan kitorang, dengan warna merah menyala la, biru la... benci siot. Tapi yang pasti aku masih duk depan stage hinggalah lagu "Fortune in Live" & "Lie" habis dimainkan barulah kami dihalau dari situ. Lepas tu, aku cari kawan aku yang memang duduk jer kejernya dari mula untuk layan feel sampai habis konsert.

Dari rockers yang datang, tak kalah gaklah ngan penonton yang layan boyband dari segi histerianya. Semuanya nampak puas dengan head banggin' dari awal konsert sampai la ke akhir. Kebanyakkan lagu yang dimainkan merupakan lagu daripada album terbaru "Octavarium", tapi
ni tak bermakna lagu lama tak dimainkan langsungnya, contohnya seperti "Pull Me Under", "As I Am" & beberapa lagi turut jadi pilihan. Lagi yang best, diorang turut wat lawak bangsat dengan menyelitkan irama daripada Pink Floyd & Metallica sebagai penutup lagu yang dimainkan (tajuk aku tak tau!). Solo toksah cakap, masing2 handal, masing2 punya gaya tersendiri, 2 ibu jari aku berikan pada diorang. Tapi dah tentu aku berikan 18 ibu jari pada drummer fevret aku ni!!! Hehehehe...

Akhir kata, aku puas dengan konsert diorang ni, walaupun ada sedikit kecacatan pada kualiti bunyi di mana hanya penonton dibahagian tengah jer akan merasa puas, tetapi tidak pada penonton dibahagian seat tepi. Rasanya cam nak tengok lagi lak, tapi apakan daya, tak dapek den nak nolong. Yea Yeaghhh!!!!


P/s: Kepada Zafer & Sepoll, padan la muka korang tak dapat tengok!! Hahahaha!!! Lepas ni kita layan Franz Ferdinand punya konsert lak!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati