Kubu Tak Cukup Panas

Sorry pada yang rajin duk ushar aku punya blog, tapi apa leh buatkan, aku ni memang 'rajin' habis nak update blog sendiri.... hahahahaha. Bukan takda story pun, ada sebenarnya, contohnya cam event yang happening kat Bangkok; 100 Rock Festival tu. Tapi aku yang malas bebenor rasanya nak bikin story (dah lupa pun nak story-mory part2 yang menarik), tapi korang still leh tengok gambar yang duk aku link kan kat sebelah + bawah ni.

Ok, sebabkan arini aku cam rajin sikit, kebetulan lak, kelmarin aku sempat tengok Fort Minor punya konsert, so boleh la aku gebang kari ayam sikit. Kalau perasan akan tajuk kat atas, sure membayangkan yang konsert malam tu hancur. Jangan silap, konsert malam tu memang berjalan lancar, cuma ada beberapa part jer yang ia kurang panas (aku bukan cerita pasal cuaca haaa). Ia kurang panas adalah sebab penonton yang datang punya la 'ramai habis', rongak sana sini cam gigi pakcik iklan senyum kat TV tu (cuma 4,000 jer orang yang datang tengok, sebab harga tiket 'murah' kot!!). Tapi yang aku respek, diorang (Fort Minor) still perform beria2 cam konon2nya orang yang duk datang tengok diorang tu cam 1 Malaysia ramainya. Huhuhuhhu!!!


Diorang start dengan kemunculan Dj Cheapshot yang duk menyolokan diri sambil membasuh piring hitamnya. Dia duk eksyen dengan me-remix-kan lagu2 orang dengan gaya kereknya lebih kurang dalam 20 minit ahh gak. Diorang muncul cukup sempoi, hanya membariskan sorang drummer; BEATdown, 3 orang pemain violin/cello Kevin, Joe & Will & 3 orang backing vocals; Jay, David and Victor. Kalau sesapa yang beli album diorang, sure tahu yang diorang ada feature ngan beberapa artis lain dalam album tu. Tapi sebabkan cam payah nak bawak artis tu untuk takat nyanyi 1 lagu, mamat2 back-up ni la terpaksa amik alih tugas tu. Kira not bad gak la, suara masih boleh dibawak berbincang, tapi kalau masuk AF sure menang!!! Rasanya la kot!!!

Masuk jer ahli kerabat tu, baru la Mike Shinoda, Tak & Ryu muncul dengan agresifnya. Lagu memula jer dah happening, mana taknya... diorang menyanyikan lagu yang agak hit diorang; "Remember The Name". Pastu, diikuti lak dengan lagu cover di mana Mike pernah tunjuk bakatnya secara solonya suatu ketika dulu dengan X-cutioner melalui lagu "Goin' Down". Lepas tu, diorang nyanyi lagu yang tajuknya "Dolla" kalau tak silap aku, ntah lagu dari album mana, aku pun tak tahu. Sorry la kalau silap, aku kurang alert sikit masa tu, maklum la tengah sibuk duk amik gambar. BZ siot!!! Hehehehe!!!

Keluar jer dari amik gambar (kena halau sebenarnya, diorang kasi amik gambar first 3 songs jer), aku dengar diorang siap nyanyi lagu cover lagi, kali ni lagu Linkin Park lak jadi mangsa; "In the End". Habis jer lagu tu lak, diorang nyanyi lagu "Mr. Brown Medley" yang juga merupakan lagu cover oleh Snoop Dogg. Selepas duk terkinjal2, lompat sana sini, Mike mengajak orang ramai menghabiskan gas lighter dengan lagu yang beat-nya agak slow lak; "Where'd You Go". Walaupun tak cukup cantik sebab tak ramai orang, tapi agak ramai la gak sporting yang mengorbankan gas diorang tu. Dah sudah aku gak jadi masa kena pow mintak lighter mamat yang nak isap okok.

Diorang meneruskan melalui lagu "Feels Like Home", bila time ni gak Mike mengajar cara membuat sign L.A., di mana kononnya ia membuatkan diorang terasa cam kat umah diorang. Pooorahh!! Cam poyo jer rasa masa tu, hehehehehe!!!! Mike sekali lagi menggunakan khidmat penonton bila kali ni, diorang kena bertepuk tangan untuk mengiringi Mike dalam lagu "Cigarettes". Pueh la gak Mike duk ngajar orang kita bertepuk, sebab asik lari beat jer, tahu nak laju jer tepuk. Apa, ingat ni tepuk tangan untuk kemenangan Mawi ke?

Ni adalah part yang aku cam agak cambest la gak, bila geng violin/cello nya itu, memainkan lagu berbentuk medley yang hanya diikuti oleh dramnya jer. Diorang mainkan lagu hits dari Beastie Boys, Usher, Nelly, 50 Cent & Fat Joe. Sebelum tu, drummer pun tak nak kalah gak bila dia pun ada wat hentakkan dram solo yang membuatkan aku terasa cam tengok konsert Rock la plak. Habis jer lagu tu, sekali lagi diorang menyanyikan lagu hits diorang "Petrified" sebelum berhenti berehat selama 10 minit. Masuk jer dari rehat, diorang mengakhiri dengan lagu "Numb vs. Encore" milik Linkin Park bersama Jay-Z, "There They Go", "High Road" & "Believe Me" sebagai lagu penutup konsert.

Akhir kata dari aku, konsert ni akan bertambah meriah kalau ramai orang yang duk datang tengok & turut enjoy sing along lagu diorang, seperti yang dilakukan oleh umat2 yang datang malam tu. Lampu & sistem bunyi pun agak baik gak la, semuanya berjalan ngan lancar tanpa sebarang gangguan. Stage gak, agak sempoi jer... tak la dasat sangat, sedang elok la kata orang. Cuma 1 lagi yang aku rasa cam tak pueh hati, sebab rasanya konsert tu hanya berjalan selama sejam jer. Sebab kan aku dapat tiket free, so tak rasa la sangat & mungkin akan jadi sebaliknya kalau aku datang ke konsert tu dengan membeli tiket yang agak mahal tu. Tapi untuk penonton yang berada dibahagian depan pentas mungkin akan lebih happy bila diorang kerap membaling towel lap peluh diorang kat penonton. Lagi best, habis jer show, Mike ngan kengkawannya turun pentas siap salam ngan peminat2nya. Wahh... 1st time aku tengok artis besar yang begitu sporting. Artis kita ada ke wat camtu yek? Ermmm...????


FORT MINOR 'LIVE' IN KUALA LUMPUR
Date: Tuesday, 28th Feb 2006
Time: 8pm
Venue: Indoor Arena, Bukit Kiara Equestrian Club

Click Here For More Picture

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati