Whatever People Say I Am, That's What I'm Not .:. Arctic Monkeys
EMI
Kalau kat UK nun, rata2 orang kat sana tahu akan lagu "I Bet You Look Good on the Dancefloor", ni gak berpunca kerana lagu ni agak kukuh berada di carta. Lagi mengukuhkan kata2 yang album ni best, seperti jualan albumnya yang sebanyak 118,501 unit dalam masa sehari di Britain sahaja. Band ni bergenrekan Indie Rock/Post-punk Revival, boleh diperkatakan band yang bakal melambung namanya setanding ngan band British yang ada skang ni. Pada band Brit Rock yang lain cam Kaiser Chiefs & Franz Ferdinand, berhati2lah ngan sengat band berhingus ni. Album ni dimulakan ngan track The View from the Afternoon di mana ia cukup membuatkan kita cepat panas & tak sabar untuk mendengar track selanjutnya. Boleh kata secara keseluruhannya, album ni terlalu bagus baik daripada lirik & susunan lagunya. Langsung tidak menunjukkan yang dey'all ni muka baru dalam industri muzik.

Masyuk meter :.: 5


Generations .:. Journey
InterGlobal Music
Lagi band otai yang kembali bersama album baru yang juga merupakan album ke-2 bersama Steve Augeri (penyanyi) & Deen Castronovo (dram). Apa yang menariknya diorang untuk album ni apabila setiap ahli bersatu memegang tanggungjawab sebagai penyanyi. Tengok, betapa hebatnya diorang ni, bukan takat bermain alat muzik jer, malah siap menyanyi lak lagi. Pada yang minat irama Rock klasik yang agak old skool, album ni merupakan pilihan untuk dimiliki. Walaupun begitu, diorang ngan kepakaran kreatif yang ada, masih terdapat elemen baru yang diselitkan sekali pada lagu diorang.

Masyuk meter :.: 4


Super Colossal .:. Joe Satriani
SONY BMG
Jaguh gitar ni kembali ngan album terbaru & gak merupakan album studio yang ke-10nya. Dengan kejayaan bertahan2 dekad lamanya, ni merupakan hadiah wat peminat yang mengikuti perjalanannya sebagai pemain gitar solo. Sebelum korang mengangkat diri tu terre sangat bermain gitar, apa kata beli album ni sebagai rujukan. Bukannya nak suh tiru bulat2, tapi aku nak korang perdengarkan betapa uniknya cara petikan mamat ni hingga mesej yang cuba nak disampaikan mampu mencecah halwa para pendengar walaupun tak mempunyai lirik lagu. Kalau tak percaya, cuba perdengarkan dulu lagu "It's So Good" @ "One Robot's Dream" yang sungguh harmoni & bermelodi.


Masyuk meter :.: 4.5

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati