St. Elsewhere .:. Gnarls Barkley
Warner Music
Ni merupakan kombinasi yang boleh dianggap pelik di mana ahlinya merupakan seorang DJ; Danger Mouse (juga merangkap penerbit untuk album ni) & seorang rapper yang mungkin tak dikenali langsung; Cee-Lo. Walaupun kini diorang masih bukan berada di tangga pertama dalam carta, namun ngan lagu yang ada dalam album ni, rasanya ianya akan bertahan lebih lama lagi di carta dunia. Sebut pasal lagu "Crazy" single pertama diorang takyah nak cakap la, terlalu ramai untuk dikira berapakah yang telah di-download & dah berapa ramaikah yang dah menggila kat lagu tu. Tapi aku rasa, kalau korang takat dengar jer lagu single dia tu memang tak cukup feel lagi kerana kesemua lagu yang ada terlalu hebat untuk perkatakan & terlalu banyak yang diorang dedahkan untuk telinga kita. Mungkin tak keterlaluan kalau aku cakap diorang bakal menyayingi kehebatan Outkast kemudian hari. Tak kira ah, apa nak kata, yang penting, aku memang respeks ah ngan idea diorang ni.

Masyuk meter :.: 5


Love & Rare .:. Korn
SONY BMG
Tak ramai rasanya yang tak kenal akan band ni & tak ramai gak yang tak pernah mendengar lagu daripada diorang, paling koman sure pernah dengar 1 lagu. Pada yang suka akan lagu yang diperjuangkan oleh diorang, bolehlah dapatkan CD live diorang ni. Album ni menampilkan lagu popular diorang yang dirakam pada beberapa konsert diorangyang lepas. Sebanyak 13 tracks keseluruhannya, namun yang rare ada dalam album ni hanya ada 2 tracks studio yang berjudul "Earache My Eye" & "Proud". Tu pun bagi aku masih belum cukup rare coz lagu tersebut pernah dikeluarkan sebelum ni. Tapi kalau tak kesah la, maka bolehlah membelinya.

Masyuk meter :.: 3.5



The Pilgrim meets Carburetor Dung .:. The Pilgrim & Carburetor Dung
InterGlobal Music
2 band otai underground yang tak perlu aku nak habiskan air liur untuk perkenalkan diorang ni. Album kompilasi ni memang bakal menguntungkan kerana korang kerana korang bukan jer dapat layan lagu² daripada 2 band terkemuka, malah harganya lak cuma berharga 1 CD jer (save duit naaa!!). Album ni punya 2 CD di mana setiap CD mengandungi 18 tracks daripada setiap band keseluruhannya. Korang jangan fikir lama sangat nak rembat CD ni coz ia memang berbaloi kerana terdapat aneka lagu popular diorang yang patut diperdengarkan semula. Antara lagu yang bakal membuatkan korang tersenyum mendengarnya dek kerana terkenang zaman silam seperti "Boo Hoo Clapping Song", "Churaliya/Deko Abto" & banyak lagi.

Masyuk meter :.: 4.5


The Great Divide .:. Scott Stapp

SONY BMG
Kalau sebut namanya, aku jamin memang ramai yang tak kenal, tapi kalau sebut bekas band-nya; Creed, sure ramai yang tahu. Album ni dimulakan ngan lagu "Reach Out" di mana ianya akan terus mengingatkan kita pada band-nya coz masih terdapat elemen yang sama seperti Creed & album ni boleh dikatakan sebagai album pengubat rindu jugak la. Atau dengan kata lain, sekiranya korang minat Creed, maka korang akan menyukai "The Great Divide" begitulah disebaliknya. Dari segi kekuatan vokal Scott, ia masih lagi berada yang tidak menghampakan, di mana ia masih lagi lantang & gak bertenaga.

Masyuk meter :.: 4



Bright Idea .:. Orson
Universal Music

Walaupun dulu diorang ni kurang dikenali, tapi ngan lagu "No tomorrow" & "Bright Idea" berkumandang di corong² radio, terus membuatkan tiada alasan untuk tidak mahu mengenali diorang. Begitu la aku bila mula mendengar lagu diorang, terus nak siasat cerita ahli band yang punyai campuran alunan muzik yang unik ni. Ngan lirik yang tak melalut, muzik diorang ni agak catchy & tak jemu mendengarnya berulang kali. Aku gak percaya, kalau korang yang biasa mendengar American Rock biasa, sure akan bertukar arah ngan lebih menghayati keindahan erti muzik yang dimainka (tak salah kalau sesekali tukar selera muzik). Dalam album ni terdapat elemen Power-pop & R&B Funk pada lagu diorang yang patut diperdengarkan. Layan siott!!!

Masyuk meter :.: 4.5

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati