Chickenpox Ku, Chickenpox mu Jua

Dengan bermulanya ayat yg korang baru baca ni, jam menunjukkan 5.42pm. So ni bermakna, aku memang tengah tergedik2 nak balik sambil mata melirik2 kat jam taskbar window ni.

Walapun post sebelum ni cam janji2 taik ayam utk kerap aku update blog, tapi sayangnya baru kini kesampaian. Tu pun benda yg tak berfaedah utk korang baca.



Minggu ni merupakan minggu pertama aku bekerja setelah 2 minggu aku dilanda chicken pox. Hek, aku tau korang semua terdetik nak ckp, "jadah dah tua baru nak kena chicken pox ni?". Tapi nak wat camna, kuasa Tuhan. Untuk pengetahuan, ni adalah penangan ke-2 aku kena penyakit ni. Ya... memang kita boleh kena lagi, so jgn igt korang selamat walaupun dah pernah kena.



Doktor cakap, 1000 dalam 1, memang akan ada orang akan terkena chicken pox utk kali ke-2. Well, takdalah nak bangga, tapi ada aa perasaan unik tu dalam diri. Aku dijangkiti daripada anak ke-2 aku yg baru setahun umurnya, mungkin kerap aku mendukung dia, maka mungkin aku terkena ibu bisa chicken pox tu membuatkan aku kena lagi.



Dah puas aku kena ronggeng ngan kawan selama 2 minggu, akhir aku mula kerja. Punyalah melambak kerja, walaupun masa cuti berdering2 diorang duk sibuk tanya itu ini.



Update terkini, aku dah selesaikan kerja yang tertunda. Kini 4 komik mobile yang aku tengah handle ni dah pun masuk dalam wap portal Maxis. Iyargh.... taklah aku kena tohmahan lari ke, mati ke, tipu ke apa.. uhhuhuuh... nanti2 aa aku upload komik yang boleh korang langgan, biar tunggu betul2 telco promo. huuhuhu.. sekian, wasalam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati