Ada apa sama MERAH?
Ya... semua orang tahu ini adalah kaler, kalau xtahu pun, orang tu sah2 buta warna. Bila bercakap pasal merah je, macam2 anggapan orang. Ada orang cakap merah itu saga la (habis tu kat proton banyak je kaler lain), merah tu garang la (Ultraman xgarang pun), merah itu darah la (Mahsuri apa citer?), merah itu bendera merah ah (otak xpikir benda lain ke?), merah tu berhenti (ada je orang bedal jalan), Merah itu Awie (kejadah?) & macam2 ah lagi.

Kalau mengikut kajian lain yang aku tahu, Merah mampu menghilangkan masalah sakit kepala. Oleh itu jika korang mengalaminya, letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata korang. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin. Paling koman pun, sah2 korang akan terlelap dengan nyenyaknya.

Lagi 1, kalau bab2 cam info bodoh lak seperti "Merah selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka." Ek eleh, geli pulak aku membacanya.

Terus terang aku cakap, aku suka warna merah(bukan sebab2 bodoh diatas), bagi aku warna tu sangat menonjol. Kalau tak, masakkan kaler merah lagi banyak daripada kaler lain kat meja Snooker tu untuk ditonjol. Ada gak orang pelik kenapa kalau lelaki suka warna merah. "Eh suka aku aa.. aku yang suka, bukan ko". Camtu aa aku cakap kat orang yang mempersoalkan kenapa aku nak beli warna merah. Mereka ini sangat bongok.

Tapi antara sebab yang aku nak citer pasal kaler merah ni adalah kerana kejadian dibeberapa hari yang lepas.

Pertama: Kelantan
Heh... memang betul, aku kagum ngan kesungguhan penyokong diorang ni hingga hampir 3 suku stadium bukit jalil diliputi ngan warna merah. Tapi yang xbestnya, sikap orang yang berpakaian merah 3 suku (segelintir) ni sangat la jakun & terlalu ikut hati. Wat kecoh xingat, sampai ada brader kameraman TV pun dapat 'hadiah' cecair merah yang dipaksa keluar dari kepala dia. Adeh, kes naya betul la, kan xpasal2, kena bayar ganti rugi & denda. Pada budak merah yang suka bikin panas tu, baik lu tengok beruk main bola, pastu ko nak bakar ke nak baling ke, ikut suka ko lah labu.

Kedua: ManWhore United (sorry aku elergi nak taip nama diorg)
Yang ni emosi aku kembali membawa keceriaan, apabila pasukan yang paling aku benci ni tumpas di tangan pasukan Chelsea. Ada gak suara2 sumbang penyokong dia duk backing, "ala, kalau 1-0 je", xpun diorang akan cakap, "kasi can aa kat Chelsea duk atas liga". Walauapapun diorang cakap, ada aku kisah? Janji ko kalah!! Hep hep horeyy!!! Serius cakap, aku akan sokong sesiapa sahaja yang lawan akan team keji tu, walaupun yang lawan diorang tu pasukan hidup segan mati tak mahu. Pada peminat pasukan 'itu', henti2kanlah kepoyoaan korang tu, bukan best pun team yang korang sokong tu pun. uhuhhuhu..

Ketiga: Pohang
Yang ni agak sadis gak aa... aku agak kecewa ngan kekalahan Al-Ittihad masa final AFC Champions League aritu. Memang aku xfollow sepenuhnya, tapi sebelum ke final tu, aku ada aa tengok game diorang ni, punyalah best. Dengan itu, aku ngan beraninya cakap yang team ni sah2 akan juara. Tapi bila tengok final punya game, sikit punya lembab. Adeh.. frust betul, malas ah nak cakap lagi, tahniah ah ko Pohang, jangan jadi cam Pahang punya team dah ah.. huhuhuu..

Keempant: Liverpool
Aku kesian tengok team ni. Rata2 luahan baik kat website mahupun blog semua memberikan kata xpuas hati pada managernya; Banitez. Bukan apa, kalaulah team ni cap ayam aku xlah kisah sangat, tapi memandangkan ni antara team unggul EPL, tu yg aku kisah tu. Ngan sikap manager yang suka jendul menyenaraikan pemain yg xmasuk akal. Taktikal toksah cakap aa.. Xkan sebab pemain banyak injured dia xleh mengekalkan kecemerlangan team ni. Patutnya dia dah boleh baget yang akan ada pemain injured. Oii Rafa, main snooker pun leh injured aa, inikan lak bola sepak.

Jadi kesimpulannya, merah membawa kesan pada beberapa orang 2 3 menjak ni. Terutama sekali bagi mereka yang merah padam muka akibat panas di bahan kawan2 & juga pada yang membaca blog ni.

Iklan Merah

Alangkah indahnya dapat iPhone kaler ni....


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati