Aku & MPA Award

Heh, bangga.. aku sangat bangga.. rasa cam nak sebut "saya menang motor" banyak2 kali kat depan2 muka orang yang lalu-lalang depan aku. Mana tak, walaupun hampir setahun aku meninggalkan majalah (boleh dikatakan baby aku, jangan nak perasan majalah anda wahai yang bukan berkenaan) di bawah kelolaan aku selama bermulanya isu 01; UTOPIA masih lagi diikhtiraf sebagai pemenang di MPA Magazine Awards 09. Kalau tahun lepas, aku majalah aku mendapat Gold Award - kategori Best Cover Design untuk hiburan, tapi nak buat macam mana, hari kemenangan aku itu adalah sama hari kami semua dibuang kerja beramai-ramai. Tipu ah tak terkilan, hampir 7 tahun berkhidmat tanpa kenal rasa penat, tau2 dibuang begitu saja.


Well, tahun ni, acara tu berlangsung lagi, walaupun kejadian pahit tu dah berlalu setahun lamanya, ia membawa makna gak kat diri aku. Mana taknya, anugerah yang masuk tercalon kali ni, masih lagi dibawah kelolaan aku. Tapi kali ni hanya menang Silver Award - kategori Best Cover Design hiburan gak. Heh.. suka betul aku, leh gak aku jadikan profile tambahan aku, walaupun aku tahu, sijil2 tu takkan company lama nak kasi aku punya. Takpa, buktinya ada pada masih tarikh majalah tu dikeluarkan. Heh... rasanya, masih ada tak orang perasan yang majalah tu dapat award pasal dia gak ke kali ni? We'll see!!
P/S: Weh... kemenangan tu bukan berkat orang yang membeli buku tu aa, tu atas dasar kebijaksanaan orang yang tahu menilai seni. Lagipun, ada kena mengena ke ngan award cover ngan orang yang membeli? Rasanya buku tak laku pun boleh jer tercalon kalau tokey tu nak. Huhuhuhu...



Kenangan pahit masih pekat di hati.


Ku anggap ianya hadiah terakhir sepanjang berkhidmat di sana.


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati