Bahana Facebook


Wah... ni entry pertama untuk 2010, konon-konon cam nak rajin meng-blog aaa.. hampeh! Hahahaha...
Walaupun kerajinan ku hanya ditahap tepian pantai, bukan bermaksud aku tak online selalu.
Aku masih aktif ber-online, selain surfing benda yang berkaitan dengan apps iphone, 
menjelajah games baru PSP, meninjau peluang kerja yang lebih baik, menyedut filem terbaru di torrent & yang terakhir aku suka bertakafur di facebook.

Ya... semua orang tahu apa itu facebook, even mak aku yang buta IT tu tahu apa itu facebook (sorry Ibu).
Aku pun tak faham, kenapalah suka bebenor nak ngadap benda alah ni, tapi kalau tak tengok 1 hari memang tak sah. Nak-nak aku ada hanpon yang menyenangkan aku melayari benda alah tu, walaupun office aku dah block (bodoh ah korang). Lain orang lain pendapatnya terhadap facebook, ada yang cakap buang masa, ada gak yang cakap "ikut suka aku aaa" (ayat ni aku akan guna pakai kot kalau orang tanya!).

Tapi aku tak rasa banyak keburukkannya sangat, walaupun ada gak sepupu sepapat aku cakap, hati-hati ngan facebook ni, FBI leh pantau kita. Dalam hati aku bercakap, "WTF! Dari diorang trace kita meracau kat FB tu, baik ko tengok data bank orang tu je. Lagi leh tahu orang tu miskin ke dak". Selain daripada keburukkan ala2 seram geli tu, yang aku dapat tahu, orang akan alpa ngan benda ni. Semuanya kerana games yang ada kat FB ni. Ya... sure ramai tau, Farmville, adalah fenomena yang aku cukup tertekan nak-nak bila invite aku berkali-kali walaupun aku dah rejek. So, so long farmville, aku dah block ko terus. Tapi apakan daya, patah tumbuh hilang berganti, lepas game kiamat tu, muncul la plak game-game lain yang juga membuatkan aku stress. Bagero lu! Aku pun main aaa game, tapi agak-agak aa... ada member aku siap bergadoh hari-hari sebab bini dia duk ngadap game kat FB tu selalu. Anak terabai pun iya, laki nak tak dapat geli pun iya, laki tak dapat guna PC pun iye, mau stress member tu. Hahahahaha (sorry prenn). Pernah gak aku dengar, ada pasangan Korea kematian anak sendiri dek kelaparan sedangan diorang sibuk jaga baby kat game FB. Apa punya turrr daa...

Tapi aku lak rasa, FB ni banyak gak baiknya, ye aa.. contohnya, sekiranya ada berlaku apa-apa, sah sah orang sibuk post kat FB masing-masing. Cam dulu pernah sekali KL bergegar dek sisa gempa bumi  kat Indon, diorang masih mampu post story ni dulu kat FB untuk memberitahu orang lain berbanding balik menyelamatkan diri atau risau memikirkan perihal keselamatan keluarga. Manusia sejagat betul!! Tu baru 1, yang baiknya, juga, orang semua akan bersifat mulia untuk concern pasal orang lain, everthing yang di-post oleh si A, si B C D pun akan menyuarakan pendapat. Kan bagus tu, kalau kat depan-depan ada nak kasi pendapat? Ada habis! Malu lah konon!

Kat FB pun dah ramai ada artis, yaa... benda ni sangat bagus, sebab ni la antara platform nak dengar pendapat peminat diorang & mendekatkan diorang pada peminat. Tapi ye aa.. dah nama pun peminat yang add sebagai kawan, sure benda baik-baik je si artis akan baca. Tak jumpa lak aku orang yang membenci artis tu tapi dia add lak artis tu, pastu hentam (mungkin aku je kot tak perasan). Group kat FB tu pun sangat berguna, orang boleh share apa sahaja yang diorang nak hasilkan. Antaranya, aku terjumpa Persatuan Anti Man-U. Yer... aku ngaku aku join ahli group tu, so? Dengan adanya group ni gak, famili aku pun amik kesempatan untuk mengumpul semua sedara mara aku menjadi 1. Walaupun bunyi cam cliche, tapi kurang-kurang kami berjaya mengeratkan silaratumrahim antara kami semua & berjaya gak membuat beberapa acara berkumpul keluarga. Best ooo.. naik nak roboh rumah nenek aku bila semua pakat turun!

Dengan FB gak, aku berjaya berjumpa dengan beberapa orang rakan lama (walaupun hanya di maya) & bertanyakan khabar. Bila dah jumpa, mulalah cerita lama keluar balik, kalau cerita best takpa ah, cerita pahit pun kekadang terpacul gak, benci, memori daun kesum betul ah! Di samping tu, secara tak langsung kita akan tahu bila besday rakan atau keluarga kita. So, kalau dulu tak pernah peduli ngan besday orang, kurang-kurang nampak cam poyo sikit untuk wish mana-mana yang berkenaan.

Kesimpulannya, tak kisah ah apa jua pandangan orang dengan facebook ni, yang penting aku hanya gunakan benda alah ni untuk diri aku berhibur. Kat dalam list aku pun belum ada orang yang aku tak kenal, semua aku kenal walaupun tak rapat.  Takda maknanya aku nak terkinja-kinja nak accept semua orang demi nak nampak popular ngan ramai kawan. Perlu ke? Oh ya.. tahun ni gak merupakan banyak cabaran dalam hidup aku, masih menanti & menyediakan kertas kerja beberapa peluang yang samar-samar kalkatu.


See, aku ada life ok, bukan facebooking je.. ahahahaha




These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati