England oh England

Walaupun dah nak masuk pusingan kedua, baru kini aku berpeluang nak update sikit pasal World Cup. Aku taknak cerita pasal team2 lain, nak nak yang dah tunduk pada team bawah anjing (underdog). Sebut pasal bawah anjing, aku antara jutaan peminat yang kecewa bila kemeriahan WC tahun ni dengan keputusan upset. Ni termasuklah team sanjungan ku; England. Adeh, pening tul kalau memikirkannya, walaupun aku masih boleh menepis dengan tenang & tak amik hati langsung dengan kritikan berbaur kutukkan. Well, memang ada banyak betulnya orang yang mengata aku kat FB berkaitan Rooney jaga kaki ah, Capello nyanyuk ah, Gerrard & Lampard tak serasi ah & macam2 lagi. Walaupun diorang ni kutuk team aku gila2, tapi aku tahu diorang adalah peminat tegar BPL. Tu lantak korang. Tapi apa yang jelas aku nampak, dah 2 game kat WC, nampak sangat diorang ni main untuk individu, bukan sepasukan. Ngan hantaran cam taik, tak support member, memang tak ke mana ah. Aku bukannya harapkan England pegang cup pun tahun ni, paling tidak masuk ah ke suku akhir, tu dah cukup aku gembira. Harapnya, malam penentuan ni, diorang tak masuk air. Nak nak Rooney yang umpama sayang kasut calar, tau ah kasut baru, bukan ko beli pun setan! Walau camnapun, aku kena bersedia untuk di bahan oleh rakan2 ku sekiranya 3 singa ini masuk kandang. Namun untuk pengetahuan, aku tetap setia seperti mana aku setia pada Newcastle United walaupun tersungkur, kami pasti bangkit!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati