A-Team, memang filem A tahun ini. 

Ok... aku baru dapat tengok filem ni masa preview semalam...

Apa yang boleh aku katakan, bagi yang pernah menghayati siri TV A-Team ni,
ANDA HARUS TONTON.

Kalau berdasarkan trailer, mind set aku memang tak meletakkan harapan tinggi, selain ingin mendengar lagu tema dia berkumandang di layar je. Agak mengejutkan dari mula penceritaan dah kasi impak untuk aku tersenyum riang di mana penemuan diorang yang tak terlalu dragging meleret untuk semua watak yang ada. Selepas 20 minit berlalu, ingatkan nak mula melabuhkan klimaks cerita ni akan menurun, tapi sah2 aku salah lagi, pengarah memang pandai membuatkan aku terus berhibur sampai ke akhir filem ni rupanya.

Dari segi barisan pelakon, kita semua sedia maklum yang Liam Neeson memang selalu sangat memegang watak sebagai guru, mentor & ketua. Well kali ni, dia menjadi ketua yang juga sebagai perancang yang berjaya. Dengan senyuman berselitkan curut, aku rasa watak dia sebagai Hannibal memang berjaya.

Untuk Bradley Cooper yang bawak Face lak, juga asalnya aku cakap dia xcukup jambu utk karakter ni. Pun begitu tekaan aku meleset gak bila dia sebenarnya sangat bijak membawa watak prince charming-nya walaupun dikeadaan terdesak.

Quinton 'Rampage' Jackson yang bawak watak B.A. Baracus, serius aku tak kenal gak dia ni, dengar2 dia pun dah masuk WWE gak, sama cam Mr. T, tapi lantak dia ah, dia yg nak sakit2 badan. Memang ramai cam xbeberapa suka akan mamat ni, sbb muka dia xcukup ganas ngan watak asal, tapi cara dia berkomunikasi dengan Van kesayangan & selalu bercakar ngan Murdock membuatkan karakter BA kembali hidup. Dan ada sebab yang perlu korang tengok kenapa dia tak cukup ganas dalam filem ni.

Siapa sangka Sharlto Copley mamat yang bawak watak Wikus dalam District 9 ni boleh menjadi sama gila dengan Murdock. Yer, dia sangat berbakat, memang kegilaan dia sama seperti Murdock yang asal. Dari segi percakapan, mahupun sewel dia bermain puppet melayan BA semuanya ada dalam filem ni.

Cerita dia agak simple, takdalah pasal nak salahkan pak Arab ke apa, tapi lebih pada konflik sesama sendiri. Dia punya lawak pun tak payah nak double meaning or berbunga2 baru kita nak faham. Memang lawak antara askar yang akan bermulut longkang kalau xkena dengan gayanya.
Elemen aksi siri TV terlalu banyak diorang tak lupakan, cuma biasa ah, zaman dah canggih kena ah ada efek canggih yang sedikit tak masuk akal. Tapi aku boleh jamin adegan tu akan disambung dengan suara penonton "woah!". Adegan van terbang2 pun banyak seperti mana yang kita biasa tengok kat TV dulu. Boleh dikatakan ianya filem penuh dengan aksi.

Uih.. dah banyak aku taip ni, cukup ah takat ni, kang terpacul lak spoiler kat sini.

Kesimpulannya, A-Team antara siri TV remake yang berjaya & aku harus menonton lagi utk perhatikan elemen yang aku tertinggal sebelum ni.
Tetetetee... te te teeee... tenenenene.. ne nene nee.. (lagi tema a-team).
 
SILA TONTON FILEM NI SAMPAI HABIS KREDIT, ADA FOOTAGE BEST UNTUK DI SAKSIKAN

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati