Archives

Bebelan untuk 'Cemetery Junction'

Bebelan untuk 'Cemetery Junction'

Aduii... tensennya aku.. aku padahal sikit punya panjang lebar menulis review filem UK yang berdurasi 95 minit ni. Tapi apakan daya, datang perangan setan blogspot ni, aku xleh post lak menatang yang aku taip tadi. So dengan nada sadis, hilang dah review tersebut.

Aku cuba gagahkan menulis kembali review ni, tapi terus terang cakap, sure tak best seperti mana yang aku tulis memula tadi. Hahahahaha... aku perasan jap.

Dipendekkan cerita... cerita ni pasal 3 orang sahabat; Freddie, Snork dan Bruce yang tinggal di Cementery Junction, Reading, yang nakal. Diorang ni semua punya pasang niat di hati memasing sebenarnya, contohnya cam Freddie, dia ni teringin ingin maju, kerja di kelas yang tinggi, inginkan kereta besar, rumah mewah, isteri dan anak pada suatu hari nanti. Jadi dia nekad untuk bekerja dengan menjual insuran nyawa di sebuah syarikat idola dia kononnya.

Snork lak yang bekerja di stesen keretapi, pasang niat nakkan awek suatu hari. Tapi dia ni taste taknak ngalah, nak yang cun je, padahal muka dia cam boleh blah sangat je.
Bruce lak, merupakan pekerja kilang, dia pun berazam nak blah dari tempat tinggal dan kerja dia skang ni. Kononnya nak menjelajah dunia ah.Tapi masalahnya dia masih lagi duk situ dan tinggal ngan bapak dia.

Masing2 akan punya masalah sendiri nanti, so tak best-ah aku nak kembangkan lebih lanjut, baik korang tengok sendiri. Tapi yang penting, aku suka cerita ni sebab dia punya penceritaan tersendiri dan ianya jadi lawak yang bukan dibuat2. Setting cerita ni gak lebih pada setiap perkembangan pada karakter individu.
3 Sahabat sengal.

Rating aku pada filem ni 7/10. Percaya atau tidak, bolos saja TV korangggg!! huhuhu.. 

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Jadah Babap Boi Ni?

Jadah Babap Boi Ni?


Eh rajin lak dia ni! Itulah suara hati aku berkata, entah kenapa tetiba aku rajin lak ni nak update blog. Takpa, poyo sikit hari ni sebab aku memang macam takda mood nak buat kerja.


Topik bebelan aku adalah Babap Boi. Binatang apakah itu? Ha... ni yang aku nak cerita ni. Ia adalah sebuah komik novel grafik dari seorang mangkuk yang bernama FroggyPapa. Siapa dia ni? Ala, bukan penting pun, kalau korang nak kenal dia pun aku leh jamin tak berbaloi, sebab dia sentiasa akan up dirinya hensem sedangkan dah 1 dunia tahu dia jauh sama sekali seperti yang dianggapkan.


Babap Boi adalah novel grafik pertama mangkuk yang disebutkan tu. Ia mengisahkan cerita keluarga yang intinya disajikan dengan kisah lucu spontan yang berbudiman. Sebab apa aku cakap budiman? Aaa.. yang ni ah kita tak tahu ni. Kisah Babap Boi ni adalah mengenai seorang budak yang dilahirkan dengan kuasa semula jadi. Kuasa dia memang kalau baca rasa cam nak lempang je muka pelukis/penulis citer ni. Ye ah, ada ke citer superhero, tapi hanya berkuasa kasi orang nanggis je. Mushykil aku kejap.


Tak kisah ah apa power dia pun, kalau power dia korek buntut cium pastu orang boleh pengsan sekali pun akan ku teruskan baca kalau jalan ceritanya best. Tapi terus terang aku cakap, citer Babap Boi ni punya jalan cerita yang biasa je, apabila kisah liku-liku sepat pisang dia mengharungi kuasa yang menyusahkan orang ni. Pandang je mata dia, nanggis, pandang je nanggis, adeh... romantika di Tampoi betul ah.


Cuma aku berjaya menghabiskan komik ni berbanding puluhan komik luar yang masih aku lom baca kerana aku dipaksa pelukis ni. Nasib aku terhibur. Ya... aku terhibur! Bukan dek kerana lukisannya yang makin maju berbanding dia melukis komik Anak-anak Sidek nya dulu, tapi dia ni bijak menggunakan bahasa skema (syarat utama si pengeluar buku) untuk menjadi lawak yang tak beberapa skema. Konteks persekitaran antara setiap scene berjaya dia serapkan humor di situ.


Akhir kata, aku memang cadangkan komik ni antara wajib untuk korang jadikan koleksi, paling tidak, korang jadikan alas gelas, ataupun sendal meja2 mamak yang bergoyang.


Antara isi kandungan

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Pagi sehari selepas Raya Haji

Pagi sehari selepas Raya Haji

Opis aku aa tu...
Hari ni terbangun lambat nak gi kerja, gara-gara nak tunggu bola pagi tadi. Aku cakap tunggu je kan? bukan tengok! Ni maknanya aku tertidur ah tu. Huhuhuhuhu. (penat je tunggu).

Dah lah bangun lambat, perut lak memulas, nak tahan, terpk lak betapa xlalu nak berak kat opis tu, kat rumah kan lagi nikmat, leh isap okok sambil baca buku, pastu leh togel, ada orang kisah?

So, setelah selesai membuang dan menghensemkan diri, aku pun cuba memecut laju ke pejabat. tup tup.. jalan clear gila.. oh nikmat... kalau nak berenti tengah jalan sambil shuffle pun boleh. Jadi nak dijadikan cerita, still aku sampai sebelum kul 9... itu saja ngarutan saya hari ini. sekian.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Lazada Malaysia

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohon LIKE