Bebelan untuk 'Cemetery Junction'
Aku cuba gagahkan menulis kembali review ni, tapi terus terang cakap, sure tak best seperti mana yang aku tulis memula tadi. Hahahahaha... aku perasan jap.
Dipendekkan cerita... cerita ni pasal 3 orang sahabat; Freddie, Snork dan Bruce yang tinggal di Cementery Junction, Reading, yang nakal. Diorang ni semua punya pasang niat di hati memasing sebenarnya, contohnya cam Freddie, dia ni teringin ingin maju, kerja di kelas yang tinggi, inginkan kereta besar, rumah mewah, isteri dan anak pada suatu hari nanti. Jadi dia nekad untuk bekerja dengan menjual insuran nyawa di sebuah syarikat idola dia kononnya.
Snork lak yang bekerja di stesen keretapi, pasang niat nakkan awek suatu hari. Tapi dia ni taste taknak ngalah, nak yang cun je, padahal muka dia cam boleh blah sangat je.
Bruce lak, merupakan pekerja kilang, dia pun berazam nak blah dari tempat tinggal dan kerja dia skang ni. Kononnya nak menjelajah dunia ah.Tapi masalahnya dia masih lagi duk situ dan tinggal ngan bapak dia.
Masing2 akan punya masalah sendiri nanti, so tak best-ah aku nak kembangkan lebih lanjut, baik korang tengok sendiri. Tapi yang penting, aku suka cerita ni sebab dia punya penceritaan tersendiri dan ianya jadi lawak yang bukan dibuat2. Setting cerita ni gak lebih pada setiap perkembangan pada karakter individu.
![]() |
| 3 Sahabat sengal. |
Rating aku pada filem ni 7/10. Percaya atau tidak, bolos saja TV korangggg!! huhuhu..















0 comments
Post a Comment