Jadah Babap Boi Ni?


Eh rajin lak dia ni! Itulah suara hati aku berkata, entah kenapa tetiba aku rajin lak ni nak update blog. Takpa, poyo sikit hari ni sebab aku memang macam takda mood nak buat kerja.


Topik bebelan aku adalah Babap Boi. Binatang apakah itu? Ha... ni yang aku nak cerita ni. Ia adalah sebuah komik novel grafik dari seorang mangkuk yang bernama FroggyPapa. Siapa dia ni? Ala, bukan penting pun, kalau korang nak kenal dia pun aku leh jamin tak berbaloi, sebab dia sentiasa akan up dirinya hensem sedangkan dah 1 dunia tahu dia jauh sama sekali seperti yang dianggapkan.


Babap Boi adalah novel grafik pertama mangkuk yang disebutkan tu. Ia mengisahkan cerita keluarga yang intinya disajikan dengan kisah lucu spontan yang berbudiman. Sebab apa aku cakap budiman? Aaa.. yang ni ah kita tak tahu ni. Kisah Babap Boi ni adalah mengenai seorang budak yang dilahirkan dengan kuasa semula jadi. Kuasa dia memang kalau baca rasa cam nak lempang je muka pelukis/penulis citer ni. Ye ah, ada ke citer superhero, tapi hanya berkuasa kasi orang nanggis je. Mushykil aku kejap.


Tak kisah ah apa power dia pun, kalau power dia korek buntut cium pastu orang boleh pengsan sekali pun akan ku teruskan baca kalau jalan ceritanya best. Tapi terus terang aku cakap, citer Babap Boi ni punya jalan cerita yang biasa je, apabila kisah liku-liku sepat pisang dia mengharungi kuasa yang menyusahkan orang ni. Pandang je mata dia, nanggis, pandang je nanggis, adeh... romantika di Tampoi betul ah.


Cuma aku berjaya menghabiskan komik ni berbanding puluhan komik luar yang masih aku lom baca kerana aku dipaksa pelukis ni. Nasib aku terhibur. Ya... aku terhibur! Bukan dek kerana lukisannya yang makin maju berbanding dia melukis komik Anak-anak Sidek nya dulu, tapi dia ni bijak menggunakan bahasa skema (syarat utama si pengeluar buku) untuk menjadi lawak yang tak beberapa skema. Konteks persekitaran antara setiap scene berjaya dia serapkan humor di situ.


Akhir kata, aku memang cadangkan komik ni antara wajib untuk korang jadikan koleksi, paling tidak, korang jadikan alas gelas, ataupun sendal meja2 mamak yang bergoyang.


Antara isi kandungan

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati