Archives

Monday Sebal

Eh omak ko!
Monday Sebal 

Hari ni (31 hb 2011) bila bangun2 je dari tido, aku rasa segala bulu2 kat badan aku naik, bukan dek kerana cerita seru, tapi sebab kesejukkan. Tu belum benda2 yang tak boleh aku cakap kat sini lagi naik. uhhuhuhu.. Punyalah payah nak bangun, tapi ku gagahkan juga, sebab otak terfikir, arini ada meeting ngan producer mana ntah nak jumpa aku. Untuk hilangkan rasa malas, aku pun set dalam otak yang arini ramai dah cuti kot, sure jalan best, opis pun kosong. So boleh ah drift2 kat MRR2 ngan shuffle setempat kat opis. ahahahah.. Alih2, MRR2 masih jem lak. Hangguk betul! Dalam hati aku pikir, owh, mungkin diorang ni baru nak balik raya arini kot (walaupun bukan raya orang tu pun, maklum ah, 1 Malaysia maaa). Sampai je office, selalu dari parking bawah tu, aku akan ke tingkat 'G' untuk cari sarapan, ni tak, terus je naik tingkat 19, dengan harapan orang takda, boleh ah aku turun makan kat bawah tanpa perasaan. Sekali lagi, deym, ada lagi rupanya dak2 ni kat opis.. adeh, dah tak pasal2, aku menaip ni ngan perut kosong. Memang sebal betul ah.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bebelan siri web 'Bite Me'

Bebelan filem web 'Bite Me'


Bite Me!
Sejak siri TV 'The Walking Dead' menjadi fenomena, kini muncul lak siri Zombie baru yang hanya berlandaskan di YouTube, edaran Machinima.com. Walaupun ianya hanyalah tayangan di web, aku cukup kagum dengan usaha diorang yang boleh setanding dengan siri TV lain yang ada skang ni. Dari segi cahaya, kamera & make-up semua dah cukup membuatkan aku teruja. 


Masa bebelan aku ni, citer tu kini baru mencapai siri ke-5, belum ada apa2 perkembangan untuk siri seterusnya. Tapi yang nyata, dah semakin ramai yang mula meminati siri ni & jatuh cinta pada para pelakonnya. Oh ya, sembang pasal pelakon, memang masing2 aku yakin kita tak kenal sekor pun. Tapi pembawaan watak diorang bukan saja nampak seperti untuk bersuka ria, tapi gak nampak seperti pelakon berpengalaman.


Filem yang boleh digenrekan seram & lucu ni mengisahkan 3 sahabat gamers yang mengalami kekalutan Zombie sebenar disebalik games yang diorang duk hadap selalu tu. Dengan pengalaman bertahun bermain game menentang Zombie, diorang cuba menfaatkan pengetahuan & apa sahaja alat yang ada untuk melawan serangan Zombie yang sebenar. Diorang pikir, kalau diorang berjaya menentang Zombie yang ada, maka mereka boleh menjadi hero untuk manusia sejagat.


Walaupun plot cam poyo, tapi memandangkan genre yang memang sebegitu aku tak kisah sangat, aku tetap suka dengan hidangan yang ada ni. Nak2 susunan skrip diorang sangat best & menepati dengan perkembangan skang. Kalau tak percaya, cuba ah hadap siri pertama dulu.

Rating: 4/5 



These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Please help my by LIKE my photo

Please help my by LIKE my photo
 
Hey fellow friends n relatives. Please help me to LIKE my photo for my contest entry.

1. Please Like LAMC page


- Posted using BlogPress from my iPhone

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hari Ini

Hari Ini

Dah nama tajuk gitu, aku pun nak cerita ah skit pasal aktiviti harian aku pasal hari ini. Benda ni pun sebenarnya aku copy je dari topik forum yang selalu aku lepak, maklum ah, pemalas. 

Hari ni baru berkesempatan mengjenguk Pergh (forum yang aku cakap tu ah).. aku skip je last post kat thread2 yg biasa aku jenguk.. tak kuasa nak bukak satu2.. 

Pastu, hari ni aku ada meeting ngan Chief Editor yg tersohor kat Malaysia ni (popular woo dia ni), dia ada projek untuk aku katanya, ntah apa aku pun tak sure, malas nak harap apa2 dah, sebab sebelum ni semua asyik cakap je nak offer itu ini, tapi 1 pun tak jalan. Benci tau kasi harapan palsu kat aii.. uhhuuhhu...

Hari ni gak, aku rancang nak gi betulkan tali reket badminton aku kat Pertama Complex, bukan putus, tapi cam dah longgar je. Asal smash je, terpeleot tali ku ke sana ke mari. Jadi, sebabkan aku dah masuk semi final kat pertandingan kampung tempat aku tinggal tu, kena ah repair sikit untuk tambah keyakinan. Ya, lebih kurang, aku cam jaguh kampung gak ah (standard ah perasan), cuma pertandingan liga ni, yang masuk cuma aku dan kawan2 aku je. Ni aktiviti tahunan kami setelah 8 tahun duk hadap sukan nombor 2 popular kat negara kita ni. (wah dah poyo meleret lak aku ni). Sambil2 orang tu duk godek reket aku tu, rancang nak ushar2 baju Iron Maiden. Kot2 la ada yang murah2, leh ah beli wat pakai kat konsert dia bulan depan.


meh Dada dokong meh!
Jadi kalau semua benda yang aku rancang untuk hari ni habis cepat, maka cepatlah aku balik rumah mertua ku. Maklum ah, dah 3 hari tak jumpa isteri ngan anak2 tersayang. Rindu woo!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Maleng, oh maleng!

Maleng, oh Maleng


Pada yang bukan berdarah Jawa, sure tak tahu apakah itu Maleng. Ya, aku memang seorang berdarah Jawa + Mamak, maka aku adalah JaMak. Sama cam Kieran hot.fm tu.
Ok, berbalik pada story Maleng tu adalah bermaksud pencuri. Pada 10hb aritu rumah aku di masukki maleng lahanat ni. Diorang ni kreatif, so dengan tenang je dia masuk ikut tingkap.
Kejadian ni berlaku bila Ibu aku keluar jam 10.30am ke 12.30pm. Pergh, 2 jam je wat keje, 3 rumah dia kejekan dalam waktu sesingkat tu.
Bila aku sampai, Ibu aku tak kasi usik barang yang dah disepah2kan tu, sebab polis belum datang amik gambar. (jangan tanya ah kul brapa baru diorg sampai).


Aku hanya boleh belek2 ngan mata kasar je, takleh nak belek2 apa yang hilang. Tapi walaupun begitu, ia dah cukup sadis, sebab sah2 aku nampak lapop aku dah hilang. Tak ckup tu, playstation pun dia rembat. Mangkuk tandas taknak lak dia rembat skali. Buduh!


Tapi mungkin ada hikmah, sebab kejadian berlaku di kala ibu ku keluar. Alhamdullilah.


Now tengah pening nak cari laptop baru lak, baru nak ada rezeki lebih, dah kena keluar balik. Sadis! Uhuk!



Habis di geledah
Punya la terrer



- Posted using BlogPress from my iPhone

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Blogging dari Iphone (testing)

 Blogging dari Iphone (testing)

Ya, ini adalah entry ku yang pertama dari iphone ku. Wah, sangat canggihnya apabila menggunakan blogpress ni. Mungkin orang dah ramai tahu & pakai benda alah ni, tapi cam biasa ah, pedulik apa aku. Dah memang aku tak rajin, nak wat camna. Huhuhu.

Jadi ini adalah entry percubaan di kala teman lunch bersembang, aku sibuk wat benda alah ni.


- Posted using BlogPress from my iPhone

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Lazada Malaysia

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mohon LIKE