Bebelan filem web 'Bite Me'
![]() |
| Bite Me! |
Masa bebelan aku ni, citer tu kini baru mencapai siri ke-5, belum ada apa2 perkembangan untuk siri seterusnya. Tapi yang nyata, dah semakin ramai yang mula meminati siri ni & jatuh cinta pada para pelakonnya. Oh ya, sembang pasal pelakon, memang masing2 aku yakin kita tak kenal sekor pun. Tapi pembawaan watak diorang bukan saja nampak seperti untuk bersuka ria, tapi gak nampak seperti pelakon berpengalaman.
Filem yang boleh digenrekan seram & lucu ni mengisahkan 3 sahabat gamers yang mengalami kekalutan Zombie sebenar disebalik games yang diorang duk hadap selalu tu. Dengan pengalaman bertahun bermain game menentang Zombie, diorang cuba menfaatkan pengetahuan & apa sahaja alat yang ada untuk melawan serangan Zombie yang sebenar. Diorang pikir, kalau diorang berjaya menentang Zombie yang ada, maka mereka boleh menjadi hero untuk manusia sejagat.
Walaupun plot cam poyo, tapi memandangkan genre yang memang sebegitu aku tak kisah sangat, aku tetap suka dengan hidangan yang ada ni. Nak2 susunan skrip diorang sangat best & menepati dengan perkembangan skang. Kalau tak percaya, cuba ah hadap siri pertama dulu.
Rating: 4/5














0 comments
Post a Comment