Hari Ini

Dah nama tajuk gitu, aku pun nak cerita ah skit pasal aktiviti harian aku pasal hari ini. Benda ni pun sebenarnya aku copy je dari topik forum yang selalu aku lepak, maklum ah, pemalas. 

Hari ni baru berkesempatan mengjenguk Pergh (forum yang aku cakap tu ah).. aku skip je last post kat thread2 yg biasa aku jenguk.. tak kuasa nak bukak satu2.. 

Pastu, hari ni aku ada meeting ngan Chief Editor yg tersohor kat Malaysia ni (popular woo dia ni), dia ada projek untuk aku katanya, ntah apa aku pun tak sure, malas nak harap apa2 dah, sebab sebelum ni semua asyik cakap je nak offer itu ini, tapi 1 pun tak jalan. Benci tau kasi harapan palsu kat aii.. uhhuuhhu...

Hari ni gak, aku rancang nak gi betulkan tali reket badminton aku kat Pertama Complex, bukan putus, tapi cam dah longgar je. Asal smash je, terpeleot tali ku ke sana ke mari. Jadi, sebabkan aku dah masuk semi final kat pertandingan kampung tempat aku tinggal tu, kena ah repair sikit untuk tambah keyakinan. Ya, lebih kurang, aku cam jaguh kampung gak ah (standard ah perasan), cuma pertandingan liga ni, yang masuk cuma aku dan kawan2 aku je. Ni aktiviti tahunan kami setelah 8 tahun duk hadap sukan nombor 2 popular kat negara kita ni. (wah dah poyo meleret lak aku ni). Sambil2 orang tu duk godek reket aku tu, rancang nak ushar2 baju Iron Maiden. Kot2 la ada yang murah2, leh ah beli wat pakai kat konsert dia bulan depan.


meh Dada dokong meh!
Jadi kalau semua benda yang aku rancang untuk hari ni habis cepat, maka cepatlah aku balik rumah mertua ku. Maklum ah, dah 3 hari tak jumpa isteri ngan anak2 tersayang. Rindu woo!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati