Siapa Perlu Andy F***in Carollina?

Oh ya... kalau anda waras, pasti faham dah yang tajuk ini punya nada yang marah sangat-sangat. Walaupun aku ni tak ah seterrer mana nak cakap omputih, tapi kalau marah semua tu boleh je keluar secara spontan. Kekadang tu, sampai bahasa Jerman, Sepanyol dan Uganda pun boleh terpacul. Mungkin ramai dah maklum pengkhianat Toon Army ni dah beralih arah ke kelab lain. Kenapa aku baru nak bebel kat sini setelah beberapa minggu 'pemergiannya'? Ya... sebab aku masih panas ngan mangkok cakap tak serupa bikin.

Dia yang memang anak jati Geordie ni kononnya pernah mencanang, akan turun naik bersama pasukkan Newcastle United sampai bebila. Alih-alih, calibut lak ko ni setan. Walaupun banyak spekulasi itu ini semasa permergian ni, tapi aku pedulik apa, kalau lu setia, stay sudeh!

Memang tak nafikan semua Toon Army supporter sedih dengan berita ni, mana taknya, kita barulah nak belajar naik tangga balik, tau-tau kena cantas, hangin satu badan wooo... Nak-nak kita hanya buat loan seorang player jer, duit 35m pound tu masuk perut boroi Mike Ashley najis durjana tu. Memang aku rasa, sure akan mati kena pijak gak si gemuk tu.

Tapi selepas sabtu lepas, aku rasa semua kesedihan kembali terubat, bila perlawanan kita ngan Arsengal menjadi sesuatu epik dalam sejarah BPL. Mana taknya, baru 29 minit permainan bermula, kita dah kena tapau 4-0. Aduyaii.. time tu, tuhan je tahu, dahlah kat Facebook kena tembak bertubi2, SMS pun asik sampai je, member punya member (baru kenal hari tu) duk sindir-sindir. Tahu ah ko penyokong team si pengkhianat tu, banyak lak bunyik, makan gelas perisa teh tarik kang baru tau.

Tapi semua derita tu bertukar ngan drastiknya. Siapa sangka, team yang dah kena lauk 4-0, boleh kejar menjadikan 4-4 (walaupun patutnya kami menang 5-4, tapi apakan daya, penjaga garisan tu memang dapat bontot Wenger kot hari tu). Memang mana2 pengulas, baik TV, Web, suratkhabar duk hangat perkatakan yang belum ada sejarah kat BPL, pasukkan yang dah kena tinggal 4-0 mampu bangkit. Jadi, siapa kata kami hanya bergantung pada mamat tocang Caroll tu je? Gi mampus ah ngan dia. Huhuhuhuhu...

Aku bangga menjadi penyokong Newcastle United ni, biar ah apa pun orang nak kata pun, aku tetap setia pada pasukan ini sampai bebila. Howay The Lads!!!
Caroll-ina: Bro, gua blah
Barton: Ok, lu tunggu bila kita lawan nanti.

 Ni Video dari seorang teman.

Ah.. real TV, tapi bahasa Uganda.. ada aku kisah? uhhuhu 

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati